Monday, 5 October 2015

Tragedi : Pengajaran yang sangat berguna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Entry kali ini saya nak bercerita tentang kejadian tragis yang berlaku semalam.
saya katakan tragis sebab kejadian ini merupakan perkara yang paling ditakuti oleh seorang yang bergelar ibu.

anak adalah anugerah dari Allah yang sangat dinantikan oleh semua pasangan yang telah berkahwin.
tanpa mereka rumahtangga seolah2 tiada serinya.
ada juga yang sanggup mengambil anak angkat semata2 nak memastikan rumah tangga mereka ada penyeri.

semalam saya membawa anak2 mandi manda di swimming pool di area BDC Kuching.
seperti biasa saya akan mengajak kawan saya bersama 5 orang anaknya  untuk sama2 ke sana.
anak2 saya memang suka kalau saya ajak kawan saya tu sebab jadi meriah.
iya lah anak saya 3 orang dicampur dengan anak kawan saya 5 orang.
seronok diorang bila hari sabtu tu saya ckp nak bawak diorg swimming.

pada hari kejadian seperti mana yang dijanjikan jam 10 pagi saya pun bertolak dari rumah ke rumah kawan saya.
kemudian kami terus menuju ke tempat tersebut.
setelah membuat bayaran, budak2 tu pun mandi manda dengan seronoknya termasuk lah saya dan kawan saya sekali terjun dalam pool tu.
memang agak lama saya tak membawa mereka ke pool.
dah lama x swimming.
bila dah start sampai nak cramp kaki dibuatnya...
memang seronok betul.
apalagi bila melihat gelak ketawa anak2...

kami keluar dari pool tu lebih kurang jam 2.
lepas tu terus singgah ke masjid yang terletak bersebelah pool tersebut.




dan disinilah kejadian tragis itu bermula............

selepas solat saya terus ke kereta bersama anak2
disebabkan mereka semua dah kelaparan, saya terus start enjin kereta dan menuju ke everise yang terletak bersebelahan dengan masjid tu.
sampai ke situ lepas parking, kami terus bergerak ke eskalator.
semasa di eskalator.............. baru saya perasan Azim.
bila saya tanya Izah dan Wani diaorang pun cakap tak tahu.

saya terus menuju ke kereta kerana beranggapan Azim mungkin tertidur dalam kereta.
bila saya jenguk tak ada....
saya terus keluarkan Hp nak pesan kpd kawan saya untuk tolong jagakan sekejap Izah dan Wani sebab hati kecil saya merasakan Azim tertinggal di masjid tadi.
bila tengok HP ada 3 miss call dr no yang tidak dikenali dan 1 mesej.
saya terus buka mesej dan ayat yang bertulis....' kak anak akak azim ade kt masjid nie,,'
ya Allah.. saya terus start enjin dan menuju ke masjid.
sampai kat masjid saya nampak Azim tengah menangis dikelilingi beberapa orang.
salah seorg yang ada di situ dtg jumpa saya bagi tahu Azim nyaris dilanggar kereta sebab mengejar saya.

rupa2nya selepas solat zohor tadi azim pergi ke toilet.
Azim cakap dia ada bercakap dgn kakaknya tapi bila tanya kakak dua2 mengatakan mereka x dengar.

Azim biasanya duduk sit belakang sekali. memang tak nampak sangat.
biasanya kalau keluar ramai2, sebelum kereta bergerak saya akan panggil ke3 nama anak2 saya baru bergerak.
entah macam mana semalam saya boleh cuai..

Saya benar2 bersyukur kepada Allah kerana menjaga Azim dan dia selamat.
saya tak dapat bayangkan kalau semasa Azim mengejar saya dia dilanggar kereta.
memang saya akan menyesal seumur hidup lah akibat kecuaian sendiri.

kejadian ini memang menjadikan pengajaran yang amat berguna kepada saya.

Daripada pengalaman saya, beberapa panduan berguna yang boleh diamalkan oleh kita sebagai ibubapa antaranya:


  1. Pastikan kita kira bilangan ahli dalam kereta kita sebelum bergerak terutama bila melibatkan jumlah yang ramai.
  2. Pastikan anak2 kita hafal no tel bimbit kita.  ini penting untuk memudahkan pihak yang cuba membantu untuk menghubungi kita. dalam kes saya anak2 saya semuanya memang hafal no telefon bimbit saya.
  3. Sekiranya berlaku kejadian tersebut, ingatkan kepada anak2 kita jangan panik.  cakap dengan dia yang kita sayang dengan mereka dan tak mungkin akan tinggalkan mereka di mana2. suruh mereka tunggu aje di situ dan jangan ikut sebarangan orang walaupun untuk ke balai polis. Azim memang panik waktu ini menyebabkan dia menjerit dan mengejar saya hingga nyaris2 dilanggar oleh kereta. nasib baik ada orang yang membantu dia...
  4. bila perasan anak hilang, berfikirlah dengan tenang dan jangan panik.  bila saya sedar azim tak ada saya terus fikir kali terakhir saya nampak dia. masa tu saya memang dengan tenang menuju ke kereta dan bila tengok dia x ada dalam kereta, saya sangat yakin yang Azim tertinggal di masjid... kalau lah saya panik waktu ini, memang sangat merbahaya lah sebab saya akan memandu dengan tergesa2 tanpa memperdulikan keselamatan diri... Alhamdulillah Allah tenangkan saya.
  5. akui kecuaian diri.  istikamah dan jangan lupa panjatkan kesyukuran kerana terselamat daripada tragedi ini.
  6. jangan lupa ucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita.  selepas saya bergerak, saya telah hantar mesej kepada org yang membantu saya.  hargai pertolongan orang.

kepada semua pembaca, kita sebagai ibubapa memang sedaya upaya menjaga anak2 kita dengan baik. tapi jika sesuatu musibah berlaku, kita kena cari kenapa kejadian ini berlaku.
Saya benar2 bersyukur kepada Allah yang mengembalikan semula anak saya kepangkuan saya selepas 'kehilangan' selama lebih kurang 15 minit...
Syukur sangat2..

semoga ianya menjadi pengajaran yang sangat berguna kepada saya.
ia juga turut menjadi pengajaran kepada anak2 saya.
semoga kejadian tragis ini tidak akan berlaku lagi kepada saya dan keturunan saya..
Aamiin...

muka budak yang tengah kelaparan setelah ditemui semula..... alhamdulillah... Allah masih beri saya peluang lagi untuk menjaganya....


sekian coretan saya pada hari ini. Wassalam...

No comments: