Friday, 9 October 2015

pizza menggunakan frying pan

assalamualaikum semua



entry kali ini saya nak tunjukkan macam mana saya membuat pizza dengan menggunakan diamond frying pan yang saya beli secara online melalui go shop.
boleh tengok dalam entry saya di sini

cara buat pizza ini saya dapat melalui kawan
biasa dah saya nampak resepi ni dalam FB.
tapi tak tergerak hati nak mencuba.
sampailah satu hari kawan saya bawa masa kami pergi swimming pool.
bila saya rasa terus teragak nak buat.
saya terus minta resepi dan ke esokkan harinya saya pun buat.
memang menjadi.
anak2 saya memang suka makan pizza.
disebabkan pizza ini sangat mudah, saya  buat pada waktu pagi untuk breakfast dan bekal anak2.
memang cepat dan tidak mengecewakan lah.
iyalah sebelum ini kalau nak buat pizza leceh nak menyediakan dohnya.
itu yang jarang2 saya buat.
nasib baik saya ada bread maker yang membantu saya menyediakan doh.

panjang pulak intro nya, jom tengok macam mana nak buat pizza ni...

untuk doh

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan air suam
1 sudu besar yis kering
1 sudu besar madu
sedikit garam.

untuk topping (yang ini ikut aap yang ada kat dapur ye)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar tuna ayam (saya guna jenama ayam brand)
1 sudu besar maiyonise
1 sosej

cara membuatnya 



mula2 masukkan semua bahan doh ke dalam frying pan.



kacau bahan2 tersebut dengan menggunakan sudu hingga sebati. rupanya macam nak buat cekodok tu..



bila dah sebati ratakan mengikut saiz pan tu. lepas tu bolehlah letakkan sos cili dan sos tomato.  kemudian letakkan topping mengikut kreativiti masing2.  kalau nak hasil lebih cantik lagi untuk bahagian doh tu bolehlah rehatkan sebentar selama 5 minit untuk kasi doh tu mengembang.



tutup pan dan nyalakan api. gunakan api kecil sahaja sepanjang tempoh memasak pizza ini.  lebih kurang 10 minit aje.  tip nak tahu pizza dah masak atau belum boleh tengok pada tepi pan. kalau nampak dah warna coklat, bolehlah matikan api..


inilah rupa pizza yang dah siap.  yang ini kali pertama saya buat.  toppingnya tuna aje.. (masa ni nak cuba aje)


angkat dan letakkan dalam pinggan. lepas tu potong ikut saiz yang dikehendaki..



yang ini pizza yang saya buat untuk kali yang ke banyak (saya dah tak ingat).  topping pizza ini memang saya main letak apa yang ada kat dapur aje...


inilah rupa pizza yang dah dipotong.  biasanya saya akan potong 8 keping. setiap seorang akan dapat 2 keping termasuk 2 keping untuk saya.  kalau Wani dan Azim ada kafa saya bagi aje bahagian saya pada mereka untuk mereka bawa bekal.

sesiapa yang ada anak suka makan pizza boleh lah cuba resepi ini.

sekian, wassalam

No comments: