Monday, 14 May 2018

Seoul korea Selatan day 6


assalamualaikum semua

kita sambung lagi entry ke Seoul Korea Selatan yang amat panjang ni.  untuk hari ke 6 ni kami berjalan2 untuk mencari cenderahati dan apa2 yang sesuai untuk di bawa balik.

pada sebelah paginya kami menuju ke Namdaemun market.  serius saya cakap yang inilah tempat yang amat sesuai untuk membeli belah.  pelbagai cenderahati,  baju2, brooch ada dijual di sini dengan harga yang jauh lebih murah berbanding tempat lain.





pasar barangan basah pun ada dijual disini.  saya lalu sambil meninjau2 barang jualan yang ada.


pakaian memang banyak di sini.  Emak saya memborong t shirt I love korea dengan banyak.  saya pun sama juga.




selepas itu kami berpatah balik ke Itaewon sebab pada hari ini perancangannya hendak berjalan2 di sekitar kawasan guesthouse kami sahaja.  antara sebabnya cuaca diramalkan bersalji pada sebelah ptg.






Izah teruja nak masuk kedai yang bernama 'line friends' ni sebab kedai ini ada menjual beraneka barangan k pop.  saya layankan aje lah.  sempatlah kami bergambar dan meninjau2 apa yang menarik minat anak2 saya tu...



punyalah banyak patung teddy bear yang memang besar2.  cinonet aje kami jika dibandingkan dengan patung2 yagn ada kat situ....



  

dah puas jalan2 perut pun lapar.  kami berhenti makan pizza di sini.    waktu ni salji dah mula turun.  dan inilah antara sebab kami tak mahu berjalan jauh dari guesthouse.


kami berkunjung ke satu2nya masjid yang ada di Seoul ni.  tapi kami hanya berlegar di bahagian luar sahaja sebab saya dah jamak zohor asar di guesthouse. 




 

dah puas meronda-ronda di bandar Itaewon ni, kami pun balik ke guesthouse untuk mengemas barang2 dan berehat.

bersambung........





No comments: