Wednesday, 9 October 2019

Jambatan Darul Hana dan Masjid Terapung Kuching

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Sesiapa yang datang ke Kuching Sarawak memang tak sempurna rasanya kalau tidak mengunjungi Waterfront yang kini memiliki mercu tanda baru iaitu Jambatan Darul Hana dan Masjid terapung.

Jambatan Darul Hana ini merupakan jambatan untuk pejalan kaki yang dibina untuk menghubungkan Kuching Utara dan Kuching Selatan. ianya bermula daripada Waterfront merentasi Sungai Sarawak dan sampai ke kawasan seberang bersebelahan dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di Petra Jaya.  Keistimewaan rekabentuk jambatan ini yang berbentuk bengkok 'S', memiliki kecondongan 48 darjah yang disokong oleh 2 kabel setinggi 45 meter dari menara keluli dan lantainya sepanjang 335 meter menggabungkan elemen tradisi dan moden.  Terdapat 2 tiang yang membentuk simbol burung kenyalang dan dilengkapi dengan pencahayaan Led yang bertukar warna menghasilkan pemandangan indah pada waktu malam.  Terdapat dua ruang tinjau yang boleh digunakan oleh pengunjung untuk menikmati keindahan sama ada malam atau siang.  Berlatar belakangkan  bangunan Astana Negeri dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadikan ianya menjadi tumpuan orang ramai untuk merakam keindahan momen menarik di situ.





DUN di seberang sungai

pemandangan bandaraya Kuching dari atas jambatan.  masa ni jerebu

laluan di sepanjang jambatan

Masjid terapung Kuching





papan tanda peraturan
gambar di bawah ini pula adalah pemandangan di sekitar astana dan DUN.  saja aje kami jalan2 untuk keluarkan peluh.  Waktu ni keadaan jalan raya ni lengang aje.  adalah sebiji dua kenderaan yang lalu.

gigih nak bergambar kat tengah jalan ni.

feeling ala2 diva kononnya.😁

dah puas berguling atas jalan moh lah kita ke pangkal jalan.  Waktu pun dah nak senja ni. 

waktu operasi 6 pagi hingga 12 malam aje ye.


posing atas jambatan pulak

tak puas berposing lagi 

pemandangan masjid terapung menjelang senja

pemandangan di sekitar astana menjelang senja
Sebaik sahaja azan berkumandang kami anak beranak terus berlari menuju ke masjid untuk menunaikan solat maghrib berjemaah.  tu la siapa suruh sibuk bergolek2 kat tengah jalan tadi.  kan dah kelam kabut.  Selesai solat maghrib terus jalan2 sekitar situ.. Saya tak ingat nak ambil view pada waktu malam masa tu.  So suasana sebelah malam saya sambung kat bawah ni.  Gambar diambil pada waktu lain pulak.  tp suasananya lebih kurang sama.


Sebenarnya dah banyak kali saya Jambatan ini tapi baru kali ni teragak nak menulis d blog.  (boleh gitu ???? ).  Kalau sebelum ni saya akan parking kereta di sekitar Waterfront, tapi kali ini saya parking pula di sebelah astana dan DUN.  tukar tempat pulak.  disebabkan saya tak pernah parking kat sini, berpusing2 jugalah nak cari tempat ni.  puas waze dan google tapi entahlah.  sesat2 dibuatnya.  last2 bukak google map aje dan rujuk map yg ada baru dapat jumpa tempat ni.   Sampai sahaja gerimis mulai turun.  So kami jalan2 lah slow2 menuju ke seberang.  


Ok saya kongsikan pula view untuk waktu  Senja waktu ini.

nampak awan yang warna gelap tu.  haaa.  masa ni gerimis mula turun


ruang tinjau ke arah bandaraya Kuching

DUN dari atas jambatan pada waktu senja

Astana dari atas jambatan pada waktu senja


dipertengahan jambatan gerimis dah bertukar menjadi hujan yang lebat  saya dan anak2 berlari menuju ke ruang tinjau untuk berteduh.  tak lama kemudian azam maghrib pun berkumandang.  kali ni memang tak sempat nak solat maghrib berjemaah di masjid sebab cuaca tak mengizinkan.  kami tunggu hujan reda di ruang tinjau tu lebih kurang 10 minit.  lepas tu terus bergerak ke masjid untuk solat maghrib.


masjid terapung kuching ni mempunyai 2 tingkat.  tingkat bawah dikhaskan untuk jemaah lelaki manakala tingkat atas untuk jemaah wanita.  Sebaik sahaja memasuki ruang solat, kita akan jumpa tangga di sebelah kiri dan kanan untuk naik ke ruang atas.

ruang solat lelaki dari pandangan atas

tangga di sebelah kanan

view masjid terapung pada sebelah malam

sekarang saya kongsikan pula pemandangan di sekitar Jambatan Darul Hana pada waktu malam pula


view jambatan berlatar belakang DUN.  masa ni lampu LED tu warna hijau

Lampu LED bewarna purple kebiruan

View Astana sebelah malam
Di sekitar waterfront dimeriahkan dengan deretan gerai-gerai yang menjual pakaian, beg, kek lapis, cenderamata, makanan, mainan dan sebagainya yang menghidupkan lagi suasana pada malam hari.

gerai2 jualan di kawasan dataran waterfront

aneka jualan alat mainan 


air pancut dengan lampu LED


Saya try mango juice blend kat food truck di sini.  RM6 secawan.  rasanya sedap.  berbaloi lah.  so kalau sesiapa yang datang sini bolehlah rasa jus mangga ni.


nampak tu ada ice cream dan mangga kat bahagian atas cup.


untuk makluman, jambatan ini dibina untuk kegunaan pejalan kaki menyeberangi sungai sarawak ini.  kenderaan seperti basikal dan motosikal dilarang menggunakan jambatan ini.  so sebagai langkah pencegahan dan untuk menjamin keselamatan pejalan kaki di sini, besi penghalang diletakkan di laluan masuk di kedua-dua arah jambatan. Masa cuaca terang lupa nak ambil gambar.  nak balik baru teringat.  So gambar gelap pun boleh lah ye.

besi penghalang di letakkan di laluan masuk jambatan 

Saya sangat tertarik dengan pemandangan berwarna warni yang dihasilkan oleh lampu LED di jambatan ini.  saya kongsikan warna-warna yang sempat saya snap.  Lampu LED ini akan bertukar-tukar warna selang beberapa saat sahaja. 

warna hijau

warna merah

warna purple

sambil menikmati mango juice blend dan teh ais Pyorr kami anak beranak pun menuju ke jambatan semula untuk ke seberang.  sambil-sambil tu tangan saya snap lah gambar2 yang menarik di mata ini



anjung tinjau yang disinari warna biru

pemandangan waktu malam di bandaraya Kuching dari atas jambatan

ramai orang yang bersantai2 atas jambatan ini. siap duduk lagi

nak juga berposing dalam gelap. hihihi






Dalam perjalanan balik anak2 saya dah berkicau nak makan.  so saya singgah lah untuk makan.  Izah dan Wani makan mee kolok, makala Azim makan nasi ayam penyek bakar.  dan hidangan saya pula seperti di bawah.  hihihi.  biasa saya tak makan malam tapi takkan lah nak terconggok aje tengok diorang makan kan.  so ambillah ayam bakar ni sahaja tanpa nasi.

dinner saya

sekian entry saya.  wassalam.

No comments: