Wednesday, 30 October 2019

Telok Melano, Lundu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Sebenarnya kunjungan ke Telok Melano ni dah lama.  cuma baru kali ini saya berkesempatan untuk menulis di blog.  Hajat di hati kami nak bermalam di Telok Melano.  tapi nak dijadikan cerita masa kami pergi seluruh kawasan kampung di situ termasuk di homestay mengalami gangguan bekalan air.  So pemilik2 homestay tidak mahu menyewakan rumah mereka lah.  kalau diorang bagi sewa pun saya tak mahu sebab tak ada air.  Frust sangat maasa ni sebab hajat tak kesampaian.   Sudahnya kami berlegar-legar di situ mencari bilik penginapan sampai terlupa nak ambil gambar kat papan tanda 0 km tu.  😪

Ok saya kongsikan sedikit info untuk menambahkan pengetahuan u'll. Kan membaca amalan mulia. Telok Melano  ini terletak dalam lingkungan 30 km dari Pekan Sematan.  Ia merupakan kawasan paling hujung di selatan Sarawak.  Terdapat papan tanda 0 km di situ.  Sebelum Jalan raya Pan Borneo siap, tempat ini hanya boleh diakses melalui bot sahaja.


Sebab memang nak juga bermalam di tepi pantai saya usahakan juga cari tempat penginapan yang berdekatan.  Iyalah kami dah sampai dan jarak Telok Melano ni dengan bandaraya Kuching bukannya dekat.  makan masa 2 jam juga nak sampai.



jeti tergantung

lunch kat pondok tepi pantai Telok Melano ni

tak jauh dari situ kami jumpa satu tempat.  so berhentilah tanya bilik.  dah penuh juga.  😰😰😰... nak hilangkan rasa kecewa kami singgahlah sekejap menikmati pemandangan di situ sambil snap gambar.  cantik juga.  boleh lah kalau next time nak menginap di sini.










setelah berlegar-legar mencari homestay di sekitar telok melano tu tapi tak dapat saya ambil keputusan untuk try cari di luar kawasan tu pulak.. Izah lah yang mencari berpandukan GPS dan booking.com.  Akhirnya tercapai jugalah niat dihati untuk bermalam di tepi pantai.  Nama tempat ni saya tak ingat pula.  sebenarnya ada snap gambar nama tempat ni tapi tak tahu letak kat mana.

bergambar kat depan chalet


pantai yang jernih


lepak tepi pantai menikmati tiupan bayu laut

sunset

waktu senja yang cantik
Menjelang senja kami pun masuk ke bilik untuk berehat.  keletihan juga lah seharian meronda dengan kereta.

Niat dihati pada keesokan pagi nak jogging sambil menikmati pemandangan matahari terbit.  tapi impian tu tidak tercapai.  Pagi tu hujan turun dengan lebatnya.  so kami berehat sahaja dalam bilik sambil bersarapan.  lepas hujan reda barulah kami ke pantai untuk mandi manda.  paling seronok memang anak-anak lah.

pemandangan waktu pagi.  masa ni hujan turun so langit gelap lah



Azim dengan style machonya

aksi 3 beranak.  sorang lagi tukang ambil gambar 😊


wani leka bermain pasir



tempat penginapan kami dari tepi pantai

Setelah puas bermain air dan pasir kita buat aksi melompat pulak..  Sebenarnya bab melompat ni saya tak berani sangat.  maklumlah lutut dah pernah operate.  so berhati-hatilah.


aksi mama dan anak

azim sibuk nak jadi photo boom kat belakang tu.  layannn

kucing ni manja betul.  sibuk dia meow2.  mungkin minta makan tp masa ni makanan dah habis.  

jam 11 pagi kami pun berkemas-kemas dan check out.  Stok makanan dah habis, so perjalanan balik dimulakan dengan food hunting pulak.

laluan jalan kampung

buah pisang comel

sawah padi yang menghijau

dalam perjalanan balik, kami singgah di pekan Sematan untuk cari makan dan saja-saja meninjau untuk cari apa2 yang menarik.  Perut pun dah lapar.   jumpalah gerai tepi jalan yang menjual ketam goreng yang beharga 3 ekor RM10.  Makan dalam kereta aje.  nikmat sungguh apatah lagi dalam keadaan perut lapar...

besar juga saiznya

 

jalanraya yang lenggang dan masih berkeadaan baru

bergambar atas feri

Kami singgah lagi kat gerai tepi jalan yang menjual lokan dan siput sedut.  kalau di Sarawak ni siput sedut ni dipanggil koyong.  Saya tak ingat pula berapa harga selonggok lokan ni.  tapi cukuplah untuk kami 4 beranak.

hiasan sahaja nenas ni.  dia tak jual

lokan dan siput sedut

Walaupun singkat aje trip makan angin kami ni, tapi ia merupakan pengalaman yang sangat berharga terutama semasa proses mencari bilik untuk disewa.  Cabaran seperti inilah yang menjadi penambah rasa dalam warna warni kehidupan yang sentiasa diingat sepanjang hidup.

Sekian, wassalan

No comments: