Resepi Grill Salmon bersama sos Butter
Bahan-bahan
2 keping ikan salmon (lumurkan dengan sedikit garam serta serbuk lada hitam dan perapkan 1/2 jam)
brokoli (potong kecil) *
sebatang carrot (sepatutnya potong wedges, tapi anak saya potong bulat pulak. hentamlah)*
* dipotong dan dikukus/ rebus sekejap aje
bahan untuk sos butter
70 gm butter
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar tepung gandum
1 cwn susu cair
1 cawan air
daun parsely (optional)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
3 sudu besar jus lemon (saya guna jus limau nipis sahaja sebab lemon x ada stok)
garam secukup rasa
cara-caranya
sementara menunggu ikan salmon yang diperap td, kita sediakan sos butter.
- panaskan butter bersama 2 minyak zaitun dalam periuk. bila butter dah cair, masukkan tepung gandum. kacau hingga tepung dan butter berbuih2. sekejap aje.
- kemudian masukkan susu cair dan air. masak hingga mendidih. bila sos ini mulai memekat masukkan lada hitam, daun parsely dan sedikit garam.
- padamkan api dan masukkan jus lemon/ limau nipis. siap sos butter
untuk ikan pula, panaskan non stick pan dengan sedikit minyak zaitun. grill ikan salmon yang diperap tadi dikedua-dua belah hingga masak.
letakkan ikan yang dah masak tadi atas pinggan bersama brokoli dan carrot yang dikukus/ direbus. Hidangkan bersama sos butter. Sedap sangat dimakan bersama nasi putih atau kentang putar. (ikut tekak masing2). Tp saya suka lagi makan bersama kentang putar. barulah selera western namanya.
Sekian perkongsian resepi saya. Wassalam
untuk melihat video cara menyediakannya bolehla klik link ini Resepi Salmon bersama sos butter
No comments:
Post a Comment