Wednesday, 30 October 2019

Pink and Teal mini Marathon 2019 - first time lari pakai tutu

assalamualaikum dan selamat semua

Ini adalah kali pertama  dalam hidup saya join run dengan memakai tutu.  Sebelum larian tu saya risau juga takut rimas dan tak selesa masa berlari.  dah lah jaraknya 21 km.  Ini adalah larian HM kedua yang saya sertai selepas Kuching Marathon yang lepas.  bezanya kali ini saya lebih bersedia dan tranning betul2. Siap plan nak buat PB (personal best) lagi.  Saya target nak sampai FL bawah 3 jam.  So kita tengok mampu ke tak saya...


bergambar sebelum start lari.  

Flag of jam 5 pagi.  so jam 4.15 pagi saya dah bergerak keluar sebab Izah jadi marshal.  dia kena sampai jam 4.30 pagi di lokasinya.  So saya sampai awal lah.  bagus juga awal sebab parking senang lagi.  Sempatlah bergambar sebelum flag off. 

larian untuk 10 km pertama saya tak ada masalah sangat sebab dah biasa training masa weekend dengan jarak ini.  Tapi masuk km ke 15 pace dah mula turun.  Keletihan dah mula terasa  tapi saya masih mampu berlari lagi tanpa henti.  Gambar di bawah ni diambil oleh jurufoto. Nak share juga kat sini. Muka masih boleh tersenyum lagi lah walaupun dah mula keletihan








Cabaran sebenar untuk saya adalah pada km ke 19.  masa ni kaki dah mula rasa penat, mental dah mula nak koyak.  Saya mula berjalan.  Tiba2 ada seorang bro ni tegur saya mungkin nampak saya dah mula keletihan.  dia ajak saya berlari dengan dia guna teknik 2:1 iaitu 2 tiang berlari, 1 tiang berjalan.  (tiang elektrik yang ada kat tepi jalan tu).  saya pun follow lah sampai jumpa bulatan terakhir. Nampaklah FL lebih kurang 200 m jaraknya.  Bersemangat balik saya dan terus pecut menghabiskan sisa tenaga yang ada untuk sampai.  Tertinggal bro tu kat belakang saya 😂😂😂 



  

sebelah kiri tu result rasmi dan sebelah kanan tu dr jam saya.  sebenarnya GPS jam saya terputus masa 300m terakhir tu.  tak tahu kenapa.  sebab tu tertera dijam tak cukup 21km tapi masanya sama dengan keputusan rasmi. kurang 1 saat aje.  yang penting  horeyyyy.  berjaya capai target.  Result jauh mengatasi result first HM saya sebelum ni.  Syukur alhamdulillah.  berkat rajin training petang2 lepas kerja.  rasa happy sangat.

Saya kongsikan sedikit tip  cara saya training selepas tamat larian Kuching Marathon yang lepas.  Mungkin berguna untuk mereka yang baru berjinak2 dengan larian HM macam saya ni. Untuk meningkatkan endurance diri setiap 2 atau 3 hari selepas kerja saya akan berlari minima 5 km.  Waktu ni kita akan dapat lihat perubahan pada pace dan masa yang diambil.  Saya bermula dengan pace 9. Saya juga elakkan rest lebih dari 3 hari untuk maintain stamina (tapi pernah juga rest seminggu masa jerebu melanda bulan September yang lepas).  Masa weekend saya akan run lebih jauh lagi sebab masa panjang.  Dan biasanya saya memilih untuk start awal pagi. Kenapa awal pagi bukan petang?  sebab waktu siang lebih panjang dan lebih selamat.  Saya mengelakkan training pada sebelah malam atas faktor keselamatan.  Paling jauh saya training masa weekend adalah 19.8 km iaitu seminggu sebelum event larian ini bermula.  

Saya berkongsi tip ini berdasarkan pengalaman saya sahaja. mungkin ada teknik atau tip yang lebih baik lagi yang orang lain boleh bagi.  Sebab selain daripada training, cara berlari, cara bernafas dan lain-lain juga turut mempengaruhi result. 

i did it.

 

geng running dan hiking

medal yang diterima 

koleksi medal yang ada

bertambah lagilah koleksi medal saya kali ini.  🌈🌈🌈.  Syukur atas nikmat dari Allah yang mengizinkan segalanya.

"i'm not talented, i work hard for this"

sekian celoteh saya kali ini.  Wassalam

No comments: