Thursday, 29 August 2019

Trip ke Pulai Lakei, Telok Pandan Besar, Telok Pandan Kecil dan Bako National Park HQ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua




Saya nak kongsikan pengalaman mengunjungi antara lokasi pelancongan menarik yang terletak tidak jauh dari  bandaraya kuching iaitu Bako National Park.

Bako National Park memang terkenal dengan keindahan semula jadinya.  Ia merupakan antara destinasi popular terutama di kalangan pelancong asing yang gemarkan keindahan alam semulajadi.  Terkenal dengan keindahan yang menggabungkan laut, pantai, bukit, air terjun dan paya bakau dalam satu taman negara menjadikan ianya sangat unik dan menarik untuk diterokai.

di Taman Negara Bako ada banyak laluan denai yang boleh dipilih.  Laluan ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza.  Laluan yang kami pilih amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia pendakian.  Santai-santai aje sambil menikmati pemandangan.

Sebenarnya saya pernah datang bermalam di Taman Negara Bako sebelum ini.  Tapi kami hanya pergi di sekitar kawasan Bako National Park HQ sahaja.  Masa tu Azim baru berusia 3 tahun.  dia pun tak tahu apa-apa lagi.  Tapi kali ini bukan sahaja Bako National Park HQ yang kami kunjungi tetapi meliputi Pulau Lakei, Pulau Pandan Kecil dan seterusnya trekking ke Pulau Pandan Besar dan terus ke Bako National Park HQ dalam masa 1 hari sahaja.

Terminal jeti Bako


Lebih kurang jam 7 pagi kami berkumpul di Terminal Jeti Bako. Waktu ini jeti sedang dinaik taraf.  menyebabkan kawasan parking di sekitar jeti ditutup.  Saya berlegar2 mencari parking dan akhirnya saya parking di tepi jalan sahaja.  ada juga parking berbayar di sekitar situ.  kalau tak silap saya RM5 utk sebuah kereta.  Tapi memang masalah betul nak dapatkan parking sebab kawasan tu terhad dan kebanyakan kereta yang parking di situ adalah penduduk yang tinggal di seberang sungai di  sepanjang jeti ni.  Rezeki menyebelahi saya  sebab datang awal dan jumpa satu tempat kosong yang terletak di tepi jalan. 

Trip kali ini melibatkan seramai 20 orang yang menggunakan 2 buah boat yang telah ditempah awal.  Setelah membuat pendaftaran dengan mengisi nama di buku pendaftaran kami pun menaiki bot menuju ke Pulau Lakei yang mengambil masa lebih kurang 40 minit perjalanan.  Sepanjang perjalanan disajikan dengan pemandangan laut China Selatan yang membiru berlatarbelakangkan Gunung Santubong.  Sebab terlalu asyik saya lupa nak ambil gambar berlatarbelakang gunung Santubong tu. Sampai di Pulau Lakei ini kami terus ke pondok yang disediakan disediakan pondok untuk berehat dan mendengar sedikit taklimat sebelum hiking dimulakan.

masing-masing happy naik bot

pemandangan di pantai Pulau Lakei. azim leka main pasir dan mengutip batu kat sini 

view di jeti yang telah rosak
Menurut guide yang membawa kami di sini, Pulau Lakei ni satu ketika dulu adalah tempat ekslusif yang menjadi pilihan para VIP di sini dan ianya tidak dibuka kepada orang awam..  Namun begitu selepas kejadian kebakaran yang memusnahkan tempat penginapan disini pihak Bako National Park telah membenarkan pulau ini untuk  dibuka kepada orang awam.  Masih kelihatan lagi kesan-kesan kebakaran di sekitar kawasan ini.

trade mark sebelum hiking.  pilihlah kasut kegemaranmu 😂

info Pulau Lakei

papan tanda lokasi

pondok rehat di Pulau Lakei
Pendakian dimulakan dengan mendaki anak tangga kayu sebelum melalui denai yang diletakkan kepingan batu pemijak sebagai laluan.  Tak lama kemudian akan terus jumpa makam Datuk Haji Ibrahim. kami meneruskan perjalanan merentasi denai sambil sesekali berhenti untuk mengambil gambar sekeliling.

tangga kayu

merangkak pun boleh

laluan denai dengan batu pemijak



arah view point

buah pokok tongkat ali
View point pertama yang kami kunjungi adalah arah Laut China Selatan.   Di sini ia menyajikan pemandangan laut membiru yang terbentang luas.  terdapat seketul batu besar yang menjadi tarikan  para pengunjung  mengambil gambar.  Tapi kena berhati-hati ye sebab agak berbahaya juga tempat tu.

Sebab terlalu asyik menikmati pemandangan saya tak sedar Azim memanggil saya meminta diambil gambarnya.  akibatnya dia menangis dan merajuk.  dah jadilah satu babak drama memujuk di sini. Ok mama.  Sila bertenang.  Tarik nafas dan lepas. Grrrrr

Masa ni matahari dah mula memancarkan sinarnya.  pokok tak ada untuk berteduh.  pastikan U'll membawa topi ye.  saya terlupa bawa sunglass.  kecil lah mata ni jadinya menahan pancaran matahari.

View point pertama  laut China Selatan

view dari sudut lain

Setelah puas bergambar  saya bergerak ke view point kedua  iaitu Tanjung Pak Amit Cape. Kat sini redup sikit sebab ada pokok cuma pemandangannya tak seindah view point pertama.

View point kedua Tanjung Pak Amit Cape
Setelah itu kami berpatah balik dan singgah sebentar di makam Datuk Haji Ibrahim dan seterusnya bergerak ke Kolam Salamun yang mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Penerangan mengenai Datuk Haji Ibrahim

makam Datuk Haji Ibrahim

penerangan tentang kolam Salamun

kolam Salamun yang mempunyai air bewarna merah
tulisan atas batu


Selepas itu kami patah balik ke Jeti Pulau Lakei semula.  kami berehat dan menikmati pemandangan di sekitar pantai Pulau Lakei ini. 

Setelah berehat dan puas bergambar kami menaiki bot semula dan menuju ke Pulau Pandan Kecil.  sebelum berlabuh pemandu bot membawa kami ke sekitar pulau untuk melihat keindahan batu-batu di sekitar ini.

snap dari bot




Muka budak merajuk yang dah ceria balik


halong bay versi Malaysia.  hihihi

Sea Stack Cobra Head
Antara tarikan utama di sekitar Pulau Pandan kecil adalah pemandangan pada seketul batu seolah-oleh kepala cobra yang keluar dari laut.  Tempat wajib ambil gambar ni..  ini juga merupakan trademark  Bako National Park.


pantai di Pulau Pandan Kecil

Kemudian bot pun menghampiri pantai Telok Pandan Kecil.  Disebabkan air agak cetek, kami terpaksa buka kasut dan meredah air laut untuk turun.  Saya memang tak sanggup nak hiking dalam keadaan kasut basah sebab kaki mudah cedera.  Setelah berehat dan menikmati pemandangan dan bergambar kami mula hiking dari Telok Pandan Kecil ke Telok Pandan Besar dan seterusnya ke  Bako National Park HQ. 


antara laluan berakar yang ada



Pemandangan dari view point Pulau Pandan Kecil

mother and son

Semasa berehat saya tinggalkan beg di bawah pokok untuk bergambar. Dengan senang hatinya saya bersantai-santai lah menikmati pemandangan kat situ.  Entah dari mana tiba2 datang monyet nak ambil beg saya dan Azim.  nasib baik ada yang tolong selamatkan.  kalau tak haru biru lah saya sebab dalam beg tu ada kunci kereta dan walet saya.  menangis tak berlagu lah kalau dibawa lari.  Jadikan pengajaran lepas ni jangan suka suki tinggalkan beg merata-rata.  bukan berat sangat pun beg tu.

kelihatan suspek yang ingin mencuri beg kami. 

laluan berkayu yang panjang

monyet jadian 😂

berani tak???

dah nak sampai ke Pulau Pandan Besar


bangunan pusat pendidikan alam sekitar

stesen methodology

Setelah penat berjemur sebab laluan tak ada pokok kami pun sampai.  kat sini ada restoran.  harga seperti biasalah mesti lebih mahal dari biasa.  Azim merengek nak air tin.  so saya beli jugalah dengan harga RM4 setin.  Sebab keletihan saya tak selera nak makan.  Azim aje yang makan nasi lemak yang dibawa.


ada kedai cenderamata juga di sini.  harga jangan tanya sebab saya tak masuk pun

kaunter pendaftaran untuk mereka yang terus datang ke sini dari Terminal Jeti Bako.




Bako National Park merupakan kawasan Perlindungan dan pemeliharaan haiwan.  Pelbagai spesis flora dan fauna banyak  dijumpai di sini.


ketam comel
aneka jenis ketam yang comel-comel ni memang mudah di jumpai di tepi pantai.  Azim dari mula datang sampailah nak balik pun sibuk nak tangkap ketam ni.  tapi hati-hati sebab walaupun comel ketam ni tetap ada penyepit yang boleh mencederakan jari kita jika terkena sepitnya.

khinzir yang jinak.  
Di sini khinzir ini merupakan binatang larangan diburu dan dibunuh.  Khinzir yang ada ni jenis berbulu panjang di kepala dan memiliki muncung yang panjang. Mungkin sebab dah biasa dengan kedatangan pengunjung, khinzir ini nampak jinak aje.  Saya pulak yang risau😅.

Monyet Probocis hanya ada di Borneo sahaja
Selain itu monyet probocis merupakan tarikan utama di sini kerana spesis ini hanya dapat di lihat di Borneo sahaja. monyet ini memiliki hidung yang panjang bewarna merah menjadikan ianya sangat istimewa di mata pengunjung.  Tapi hati-hati ye sebab monyet-monyet ini agak ganas.  dia suka merampas barang yang dibawa menggunakan beg plastik.


ular daun
saya tak pasti ular yang warna hijau ni apa namanya.  tapi disebabkan dia bewarna hijau saya anggap ajelah ular daun.  kami telah diingatkan untuk mengelak memegang ranting-ranting kayu sepanjang perjalanan sebab ular ini mudah dijumpai di ranting-ranting dan dahan-dahan kayu.  Saya tak jumpa pun ular ni tapi gambar ini diambil oleh kawan saya.  Saya kongsikan sahaja rupanya.

Lebih kurang jam 3 petang setelah berehat-rehat di Bako Park HQ kami pun menaiki bot semula dan bergerak ke Terminal jeti Bako dan bergerak ke haluan masing-masing...

Sekian perkongsian saya kali ini.  Semoga berjumpa lagi untuk next entry....

Wassalam


No comments: