Wednesday, 21 August 2019

Pengembaraan ke Sabah dari Kuching melalui Brunei

Assalamualaikum semua

Seperti mana yang dijanjikan saya sambung lagi.

Hari keenam (KK-Brunei - Miri)

Pagi-pagi lagi kami dah check out sebab perancangan hari ini untuk berjalan-jalan ke Brunei.  Kebetulan semasa memasuki Brunei adalah Hari Jumaat.  so kedai-kedai semua tutup semasa waktu solat Jumaat.  Saya berehat bersama anak di sekitar masjid Omar Ali Saifuddien sahaja sementara tunggu habis waktu solat.

sambil berehat kita berposing
selesai solat Jumaat saya dan anak2 pula bergerak menuju ke masjid untuk menunaikan solat Zohor dan jamak sekali dengan Asar.  Selesai solat barulah kami berjalan-jalan di sekitarnya.  Tulisan jawi menjadi tulisan rasmi di sini.  Sesuai sebagai negara islam yang mengamalkan hukum hudud.  Terasa bangga melihat bangunan-bangunan di sini yang diberi nama Haji dan Hajah sebelum nama pemilik bangunan tu.

dalam masjid
berikut adalah tempat yang sempat kami kunjungi.  kebanyakannya free enterance aje.

pameran seni lukis


Muzium 


taman rekreasi Bukit Subok


pengkalan feri


Sebenarnya tak banyak sangat tempat yang dapat kami kunjungi.  Mungkin next time kami akan menginap 1 malam di negara ini untuk memudahkan kami explore lebih banyak tempat lagi di sekitar sini.  Insha Allah.

Kami bermalam di Bintulu untuk menjimatkan kos.  Seterusnya keesokan harinya pagi-pagi kami dah check out.  Selepas breakfast kami terus bergerak balik.

persinggahan terakhir untuk lunch


Sekian, wassalam

No comments: