Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
ok. Saya sambung lagi trip post Mt Fansipan di Hanoi vietnam ni. Kali ni saya ke destinasi yang sangat popular bagi pengunjung iaitu Halong Bay yang turut dikenali sebagai . saya memilih day trip aje atas alasan budget. booking di
klook shj. kos day trip ke Halong Bay yang saya dapat adalah RM144. Saya booking dan bayar siap-siap sebelum sampai ke Hanoi. senang.
Halong bay terletak 170 km dari bandar Hanoi dan mengambil masa kira-kira 4 jam perjalanan menggunakan bas. Halong Bay ini merupakan sebuah teluk yang mempunyai lebih kurang 1600 buah pulau batu kapur di sekitarnya. Ia merupakan salah satu tempat yang mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site kerana bentuk rupa buminya yang cantik dan keindahan alat semulajadinya.
|
aneka jenis buah |
|
suasana pagi |
|
tour guide kami sepanjang trip ke Halong bay ni |
sepanjang perjalanan pemandu pelancong kami memberikan banyak info yang berkaitan dengan sejarah, budaya, cara hidup masyarakat vietnam di sini. antara istilah yang saya ingat sampai sekarang adalah 'crazy trafic rule' yang mengambarkan betapa gilanya penduduk di sini di jalan raya. tapi kadar kemalangan adalah rendah disini. Bunyi hon yang bertalu-talu adalah hiburan biasa di bandar Hanoi ni..
|
tag yang diberikan untuk memudahkan kami. ada nombor bas kat situ |
|
trafic hanoi |
|
plaza tol |
bas berhenti rehat di satu kedai cenderamata yang dihasilkan oleh orang-orang kurang upaya. banyak juga cendera mata yang ada tapi saya tak beli pun. tengok shj sebab harganya agak mahal.
|
depan pintu masuk |
|
pakaian |
|
hasil kraftangan daripada jahitan benang. macam lukisan asli sekali imbas |
|
topi vietnam yang popular |
|
jus dan buah mangga |
|
kedai cenderamata |
|
aneka corak ukiran pada batu di bahagian luar bangunan ini |
|
batu yang diukir bentuk burung |
|
kudapan saya. VND 50 000 sebungkus. puas hati makan |
jam 12 tengahari kami pun sampailah ke destinasi. kebas punggung duduk lama dalam bas. nak tidur tak dapat sebab seronok tengok pemandangan sawah padi yang menghijau, gunung ganang dan hutan tropika sepanjang perjalanan. rugi pulak kalau tidur. bukan senang nak datang.
|
Pintu masuk |
tour guide mendaftarkan kami dan menyerahkan tiket. tiket ni perlu ditunjukkan bila diminta untuk ditebuk oleh petugas di sana nanti. jangan hilang pulak. tak pasal-pasal kena tinggal sesorang kat pulau nanti.😂😂😂
|
tiket masuk. mesti simpan dan ditunjukkan bila diminta |
|
deretan cruise. jangan silap naik pulak |
|
pemandangan dari jeti |
|
menu lunch atas cruise. seafood. |
Kami seramai 9 orang yang join trip ke halong bay ni. satu meja ni boleh muat 6 orang aje. so 3 orang dari kami berpisahlah dan duduk semeja dengan mat saleh yeng datang berdua ni. ok aje..
|
geng semeja. |
|
selfie sblm makan |
hanya makanan sahaja yang disediakan dalam pakej. kalau nak minum kena bayar lain pula dan harganya memang lebih mahal. mujur saya dah prepare air mineral awal dalam beg. pandai diorang bisnes kan.
pelayaran menaiki cruise pun bermula. sambil kami menikmati hidangan makan tengahari dan disajikan pemandangan teluk yang mengasyikkan. masa ni hujan turun agak lebat. So kita layan perut dulu lah.
|
snap dari dalam cruise |
|
kelabu aje dari dalam cermin |
|
hujan masih turun lagi |
sebaik sahaja hujan mulai reda kami terus kedepan dek untuk menikmati pemandangan dan bergambar. udara nyaman sebab lepas hujan. Syukur
|
cuaca dah cerah |
|
yes.. hujan dah reda |
Kami diturunkan ke Thien Cun Cave. kat sini kami berjalan kaki melalui gua batu kapur.
|
sebelum explore gua |
|
di pintu gua batu kapur |
|
cantik |
|
lubang pencahayaan |
|
lorong laluan |
|
pemandangan dari atas |
|
gerai cenderamata |
|
bersusun cruise kat sini |
selesai menjelajah gua kami naik cruise semula sebelum berhenti di satu tempat. kat sini kami diberi pilihan untuk menaiki bamboo boat atau berkayak. Saya memilih untuk menaiki bamboo boat aje sebab malas nak mendayung + tak reti pun. Entah mana-mana tempat nanti saya dayung atau silap2 tak bergerak pun kayak tu 😅😅😅. So dapatlah bersantai-santai sambil menikmati pemandangan kat situ.
|
bamboo boat |
|
geng se boat |
|
indahnya ciptaan Mu |
|
merentasi gua |
|
satu lagi view yang menarik |
|
bergambar kat jeti |
selesai aktiviti, kami naik semula ke dalam cruise untuk bergerak balik semula ke jeti. keletihan mula terasa. Ketika ini kami dihidangkan dengan buah nenas. Marbeles lah.
|
buah nenas yang manis |
|
hotel area jeti |
So berakhirlah trip ke Halong bay ini. Perjalanan dari Hanoi ke Halong bay 4 jam, naik cruise 4 jam, perjalanan balik dari Halong Bay ke Hanoi 4 jam. total 12 jam. pengsan.... 😇.
malam tu kami dinner di sebuah restoran makanan halal. tak ingat nama. tapi roti nan dia memang besar gilerr. Sebab dah ada pengalaman, saya berkongsi makanan dengan Cath takut tak habis lagi.. ok kali ni dapat habiskan...
|
jenuh nak habiskan tau |
sampai sahaja di bilik, saya bersihkan badan dan zzzzzzz.
bersambung......
No comments:
Post a Comment