assalamualaikum semua
ok kita sambung entry di Sa Pa Vietnam ni.
Jam 5 pagi dah kena bangun untuk bersiap dan mengemas barang2. kami breakfast di restoran yang terletak di depan tempat penginapan kami.
|
menu breakfast |
|
nak tak nak kena juga pakai chopstik. |
|
cantik restoran ni |
|
sebahagian ahli yang ada. yang lain tunggu van lagi |
|
bergambar dulu sebelum pewai. hahaha |
perjalanan dimulakan dengan menyusuri laluan bersungai. santai2 sahaja menikmati kejernihan air sungai dan pemandangan sekitar. masa ni peluh belum keluar lagi. so masih bersemangat nak senyum lebar masa ambil gambar.
lepas jumpa dengan laluan berhutan kecil, bermulalah aktiviti mendaki anak tangga yang banyak betul. anak2 tangga ini agak tinggi juga lah menyebabkan saya yang kementot ni nak kena melangkah besar-besar.
|
masih mampu senyum lagi |
lebih kurang 2 jam perjalanan, sampailah ke Camp 1 untuk berehat dan lunch.
|
bergambar kat sini |
|
menu lunch yang disediakan. ada serunding special yang diimport |
|
bergambar sebelum bergerak ke Camp 2 |
|
pemandangan berkabus sepanjang perjalanan naik |
|
laluan bertangga lagi |
|
penat wei... |
|
sambil-sambil naik tangga tu mata memerhatikan pemandangan sekeliling.. |
|
tangga aluminium pulak.. |
|
senyum lah wahai hati walaupun dah mula keletihan jumpa tangga |
|
ok, terus kan aje |
|
berhenti sekejap. bergambar dulu. cheeseeee.... |
jam 5.30 petang, saya pun sampai ke camp 2. fuhhh lega rasanya. gambar di camp 2 saya lupa nak ambil. sempat ambil tempat makan aje. maklumlah dah kelaparan + keletihan. selepas bersihkan diri saya berehat sementara menunggu rakan-rakan lain sampai.
|
tempat makan di camp 2 |
|
sekitar camp 5 yang sempat disnap |
|
dinner yang meriah |
selesai dinner, masing-masing kembali ke tempat penginapan untuk berehat dan tidur untuk misi summit attack jam 4 pagi keesokan harinya.
bersambung..............
No comments:
Post a Comment