Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Setelah selesai ekspedisi menawan Puncak Fansipan, maka team kami pun berpecahlah mengikut haluan masing-masing. Sebaik sahaja bas yang dinaiki sampai ke bandar Hanoi jam 4.30 pagi, kami diturunkan di Babylon Garden Hostel. Saya berlima telah mengambil keputusan untuk terus ke Ninh Binh jam 8 pagi tu. So untuk memudahkan saya bergerak, saya menumpang beg yang tidak di bawa di tempat penyimpanan beg di situ. memandangkan ke Ninh Binh day trip sahaja, sy hanya membawa bagpack.
Untuk info Ninh Binh ini terletak kira-kira 100 km dari bandar Hanoi dan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai. Di sinilah tempat pengambaran filem King Kong Skull Island yang ditayangkan pada 2017. Antara tarikannya adalah keindahan muka bumi dan ketenangannya untuk mereka yang gemarkan suasana semulajadi.
Ada beberapa pilihan pengangkutan untuk ke sini. Menaiki bas, keretapi atau memandu sendiri dengan menyewa motosikal. Saya memilih untuk menaiki bas sahaja. Untuk memudahkan urusan, booking dibuat awal semasa berada di Malaysia lagi, manakala untuk pergerakkan di Ninh Binh kami buat cara backpacker. Kos pengangkutan RM50 pergi balik.
Berpandukan google map kami berjalan kaki menuju ke tempat berkumpul. sambil berjalan saya snap beberapa keping gambar yang menarik perhatian mata saya.
|
jual bunga guna basikal aje |
|
kopi ni macam best. tapi saya tak beli pun |
setelah berlegar2 sampai pun ke destinasi. tak lama lepas tu datanglah wakilnya dan bagitahu dia akan jadi pemandu pelancong kami sepanjang pergi dan balik nanti.
|
tempat berkumpul menunggu transport yang ditempah |
selesai sesi menyemak nama dan sebagainya, kami pun naik bus yang disediakan. perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai. sementara itu nikmatilah pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan.. ewah...
|
ada screen dan wayar charger. |
bas berhenti sebentar di satu kawasan rehat. kat sini ada kraftangan yang dihasilkan daripada benang yang ditenun menjadi lukisan yang sangat cantik.
|
tekun semuanya menghasilkan karya masing-masing |
|
antara jualan yang ada |
Disebabkan kami nak merasai pengalaman menaiki sampan, kami menuju ke Trang An di Ninh Binh.
Sampai di Ninh Binh kami diturunkan ke Trang An iaitu destinasi pertama yang ingin dikunjungi. Tarikan utama di sini adalah menaiki sampan yang dikemudi oleh wanita-wanita vietnam menyusuri tasik dan gua-gua yang terletak di kawasan pergunungan. Pemandangan di kawasan ini amat cantik dan mengasyikkan.
Sebaik sampai kami terus ke kaunter untuk membeli tiket. bayaran adalah VND 200,000 seorang. Trip sampan ada 2 laluan. Laluan 1 ambil masa 3 jam dan laluan 2 ambil masa 2 jam. harga tetap sama. So kami ambil keputusan untuk memilih laluan 1 yang mengambil masa 3 jam perjalanan menaiki sampan.
|
jambatan yang menghala ke kaunter tiket |
|
resit bayaran masuk |
|
map yang diberi |
Sebuah sampan hanya boleh memuatkan 4 orang sahaja. disebabkan kami berlima, maka berpisahlah kami. Saya, Cath dan Rmad satu sampan manakala Sara dan Nurul sampan lain bersama 2 orang mat saleh yang sedang menunggu dari tadi.
Sampan ini ada juga disediakan extra dayung untuk sesiapa yang ingin merasai pengalaman mendayung. Pengalaman menaiki sampan menyusuri terowong gua dan temple memang best. Kenangan menyusuri gua-gua yang rendah hingga memaksa kami merendahkan badan adalah satu memori yang sangat menarik yang sukar dilupakan. memang best. Tak sedar pun masa 3 jam berlalu. saya kongsikan gambar-gambar dalam koleksi yang ada.
|
tasik yang cantik dengan air yang sangat jernih |
Temple yang pertama bernama trinh temple merupakan sebuah temple kecil di dalam hutan ni. kami naik sekejap aje ambil gambar berlegar2 dan naik semula sampan.
|
makin gelap berjemur.. |
Perjalanan diteruskan dan kami disajikan dengan pemandangan gunung ganang yang tinggi dan suasana persekitaran yang menenangkan. Seterusnya kami di turunkan ke Tran temple. kami bergambar dan menikmati pemandangan sekitar dan kembali semula ke sampan.
|
Gunung Eagle katanya sebab rupanya macam kepak burung |
|
bunga teratai |
|
ada pagoda kat tengah-tengah tasik ni |
Seterusnya kami sampai ke Kong Island yang popular kerana ia merupakan tempat pengambaran filem
King Kong Skull Island.
|
laluan gua yang sempit dan rendah |
|
teruja tau |
|
inilah bot yang dalam filem king kong tu |
|
nak juga bergambar kat sini |
|
rumah kediaman menggunakan daun kering |
|
lalalalala |
Secara peribadi saya berpendapat Trang An harus menjadi tempat wajib yang dilawati sekiranya anda mengunjungi Hanoi. Kawasan seluas 6172 hektar ini menjanjikan pemandangan yang menarik, menenangkan dan seribu satu pengalaman yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Sungai dan tasiknya yang jernih, gunung gadang dan gua-gua bergabung menghasilkan lanskap yang cukup indah untuk dinikmati dengan menyusuri menggunakan sampan kecil. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota. Sebab itu lah Trang An ini mendapat pengiktirafan UNESCO world heritage site.
|
papan tanda di Trang An ni |
Setelah 3 jam berjemur dengan sampan kami bergerak ke destinasi kedua iaitu Mua Cave. Kami menaiki teksi dengan bayaran VND70 000 dari Trang An ke Mua Cave. Tak jauh pun jaraknya dari Trang An.
Bila mengunjungi Mua Cave kiranya macam tempat recovery hiking saya lah ni sebab perlu mendaki 500 buah anak tangga untuk sampai ke atas.
|
di pintu masuk |
|
air terjun comel aje |
|
bergambar sebelum mendaki |
|
bertabahlah ye |
|
dekat di mata jauh di kaki ku |
laluan menuju ke atas ada dua simpang. kami memilih simpang yang kekiri sahaja. ikutkan hati nak juga pergi ke simpang ke kanan tu tapi tak sempat dan cuaca mendung tanda-tanda nak hujan. terpaksalah batalkan hasrat.
|
Bentuk rupa bumi yang cantik. subhanallah |
|
ok dah sampai. senyummmm |
Selesai bergambar dan menikmati pemandangan, kami bergerak lah turun. sambil-sambil tu snap lah beberapa keping gambar sepanjang perjalanan. masa ni hujan dah mula turun...
|
atas pokok pun boleh |
|
hang tu maknanya Gua.. |
|
gerai cenderamata |
sebaik sampai ke pintu masuk hujan turun dengan lebatnya. terpaksa kami berlindung di gerai yang menjual cenderamata.
|
haus mendaki. tambah tenaga sikit ambil air manis 👉👈 |
Sepatutnya kami perlu ke Trang An semula sebab janji pick up kat situ. Mujur diorg setuju untuk pick up kami di Mua Cave aje sebab cuaca tak mengizinkan. Jam 5 petang transport pun sampai. saya terlena keletihan sepanjang perjalanan. Sampai Hanoi perut pun mula berbunyi minta isi. so kami ke restoran little india untuk mengisi perut.
|
gambar depan restoran |
|
buku menu |
|
jus tembikai |
|
inilah dinner saya. banyak giler. tak habis pun |
Selesai dinner saya terus bergerak ke Babylon Hostel untuk ambil luggage dan bergerak ke Sunflower Hostel.
bestnya nampak katil setelah seharian berjalan tanpa henti. saya seorang aje waktu ni sebab Cath stay di Babylon Hostel mlm ni. esok baru dia pindah ke sini. so bilik ini ana yang punya mlm ni seorang. hahaha
malam tu dapat info yang kejayaan team kami masuk berita UKAS...
bersambung.....
No comments:
Post a Comment