Thursday, 22 August 2019

Trip ke North Vietnam - Hanoi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

memandangkan ini adalah entry hari terakhir di sini,  saya kongsikan lokasi tempat penginapan dan kemudahan yang disediakan.  kami menginap di Sunflower's house yang terletak di  Old Quarter.  ia merupakan apartment yang boleh menempatkan 10 orang penghuni dewasa dalam satu-satu masa.  berharga RM313 semalam dan saya rasa kemudahan yang disediakan cukup selesa. Memiliki 4 tingkat dan   setiap tingkat ada 1 bilik yang dilengkapi dengan  katil queen 2 tingkat dan bilik air yang bersih.  

katil queen 2 tingkat yang luas

tangga naik ke tingkat atas

dapur di tigkat bawah

sofa dan ruang membawang
soket di hanoi ni lain tau.  pastikan anda membawa universal adapter untuk memudahkan urusan mengecas handphone dan power bank.
plug

guna universal plug

Hari terakhir ni tak ada itinerary yang specifik pun.  kira maca meredah aje ikut langkah kaki.  cuaca pulak hujan.  so bertabahlah berjalan  dalam hujan yang kadang kala lebat, kadang kala gerimis aje dan kadang kala teduh.  Saya berdua aje dengan Cath.  yang lain-lain ada program sendiri.

kami keluar jam 10 pagi.  bermalas-malas dulu atas katil sebab masih keletihan kesan dari perjalanan jauh semalam.


suasana pagi 

nampak pejual buah dengan basikal

kedai runcit

penjaja dengan barang jualan mereka

penjaja dengan kereta sorong.  langsung tak nampak tayarnya pun

hasil kraftangan.  cantik coraknya

goreng-gorengan

jalan masih basah lagi

macam bas tapi open.  tak tahu nama apa.



gerai makan di kaki lima   

Saya dapati yang rata-rata gerai-gerai makan yang ada di kaki lima ni menggunakan meja dan kerusi yang berkaki pendek.  Namun begitu saya tengok mereka makan dengan selesa sahaja. Nampak macam gaya mencangkung pulak. Tapi saya lalu aje sebabtak berani nak beli makanan tu.  was was kebersihannya apatah lagi kehalalannya. 


tak habis-habis berselfie

Destinasi pertama adalah Ho Chi Minh Museum.  Jarak dari tempat penginapan kami lebih kurang 3 km. So kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja.  Sambil-sambil berjalan tu kami menikmati pemandangan bandar Hanoi ini yang kebanyakkan bangunannya mempunyai identiti senibina Perancis.


ada bendera Malaysia berkibar lah


 






bila sampai kami terpaksa berpusing menyusuri laluan sebelah kiri jalan sebab security checkpoint yang di depan tu masih tutup.  menapak lah lagi kami diiringi gerimis.  tapi ok juga cuaca macam ni sebab tak panas.

hujung dataran inilah tempatnya.  tapi tak boleh lalu sini.



baju hujan untuk pemandu dan pembonceng

pemandangan dari jauh Ho Chi Minh mausoleum.  nampak tak ada 4 org pengawal berbaju putih kat situ
Untuk info Ho Chi Minh (HCM) merupakan tokok revolusi Vietnam.  Warga tempatan amat menyanjungi beliau dan diberikan penghormatan yang tinggi.  Makamnya dijaga dan dikawal dengan ketat.  Pengunjung mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan sebelum dibenarkan memasuki kawan ini.  Papan tanda peraturan ada diletakkan sebagai panduan terutama kepada pelancong asing.  Antara peraturan yang ada adalah tidak dibenarkan memakai seluar/ skirt pendek paras atas lutut jika ingin memasuki tempat ini.  Akan kelihatan ramai pengawai yang memakai baju seragam berwarna putih berkawal di sekitar kawan ini.  Sebarang kelakuan yang mencurigakan akan diteegur oleh pengawal bertugas dengan meniup wisel.

dapat pun bergambar berdua dgn bantuan orang yg lalu lalang

papan tanda peraturan di sini

pondok pemeriksaan keselamatan sebelum dibenarkan masuk


papan tanda larangan memakan cewing gun pun ada


hadapan muzium HCM
Kepada yang berhajat untuk masuk muzium ni bayaran masuknya adalah VND30 000 seorang. Saya tak masuk pun dalam muzium ni.  cuma berlegar-legar di bahagian luar sahaja sambil snap gambar.  

Destinasi seterusnya terletak bersebelahan kanan muzeum ini.  Di sinilah letaknya One Pillar Pagoda yang dibina antara tahun 1028 dan 1054 ketika di bawah pemerintahan Maharaja Ly Thai tong.  Ia merupakan tokong lama yang didirikan di tengah-tengah kolam teratai.  Ia dibina sedemikian untuk menampakkan seperti bunga teratai yang tumbuh daripada air dan sebagai simbol pencerahan agama buddha.  Pagoda ini dijadikan simbol penting Hanoi dan ianya kekal sebagai salah satu lokasi terindah di sini. 


one pillar pagoda

upacara keagamaan sedang berjalan. 
tak lama sangat saya berada di sini sebab ada upacara keagamaan dan saya rasa kurang selesa pula.  takut menganggu mereka.  lepas ambil beberapa keping gambar kami terus bergerak keluar.

pakaian kebangsaan kot
di sekitar ini banyak peniaga menjual pelbagai barangan seperti jed, cendera mata, baju, topi dan sebagainya


Semasa melalui sebuah bangunan tiba-tiba dengan orang bercakap melayu.  Cath terus menoleh dan menjerit.  Eh orang Malaysia lah.  Punya lah excited dia.  saya pula yang terkedu.  Sebenarnya mereka tu baru lepas lunch nak masuk ke pejabat kedutaan Malaysia.  Mereka pula sporting terus mendekati kami dan berbual2.  adalah serba sedikit tip yang mereka kongsikan terutama lokasi untuk shopping barangan cenderamata.  Selepas berbual seketika dan snap gambar kami pun bergerak.


bergambar depan bangunan kedutaan Malaysia

happy terjumpa dua orang duta Malaysia kat sini

tekun si Cath ni ambil gambar bunga

berposing aje.  harap-harap tak adalah yang kecam.  nak beli x mampu 👉👈

Destinasi seterusnya adalah Hanoi's Train Street yang merupakan landasan keretapi yang terletak di tengah-tengah bangunan kejiranan.  Bagi mereka yang tak biasa agak mengerunkan kerana disesetengah tempat jarak antara keretapi dan bangunan hanya beberapa inci sahaja.  

Keretapi akan melalui landasan ini sebanyak 2 kali iaitu pukul 3 dan 7 petang setiap hari.  pada waktu ini pakaian yang disidai, basikal dan kanak-kanak akan di bawa masuk ke dalam rumah.

Saya hanya melalui tempat ini dan mengambil beberapa keping gambar sahaja sebab kesuntukan masa dan cuaca tidak mengizinkan.  masa ni hujan turun makin lebat pula.

Hanoi's Train street

antara kediaman penduduk di sini



Seterusnya kami menuju  ke Dong Xuan Market untuk shopping.  Horeyy.  kita habiskan VND yang ada kat sini.

Dong Xuan Market adalah sebuah pasar tertutup yang terletak di dalam bangunan.  pelbagai barangan jualan yang ada di sini antaranya cenderamata, kain, hasil segar, aksesori,pakaian, barangan elektronik dan perkakas rumah.  Bangunan ini dibina pada tahun 1889 berkonsepkan senibina Soviet ini merupakan pasar tertutup yang terbesar di bandar Hanoi ini.


hadapan pintu masuk Dong Xuan Market

rambang mata kat sini

aneka jenis buah-buahan





aneka jenis air...

selepas shopping kami balik ke bilik sekejap untuk meletakkan barang-barang yang dibeli dan terus menuju ke Hoan Kiem Lake/ Lake of the restored Sword untuk menikmati pemandangan waktu malam di situ.  tak lama sangat pun sebab hujan.  lepas berlegar-legar kami terus balik ke hotel yang cuma berjarak 0.5 km sahaja.

lorong hanoi street food yang meriah pada waktu malam



Saya singgah menikmati ais krim di Snow ice yang terletak sebelah dengan hotel.  Ada macam-macam flavour tapi saya memilih ais krim perisa mangga.  Kongsi 2 orang untuk 1 pinggan.  Sebenarnya kami tak lapar pun tapi penat aje so tak selera sangat nak makan.


sedapppp


geng serumah 
malam tu saya berehat sahaja di dalam hotel sambil mengemas barang-barang ke dalam beg.  untuk dinner pula saya tumpang makan aje dengan geng lain.  mereka beli bahan dan masak di hotel sebab nak jimat kos.  masa ni VND dah susut. Saya asingkan sikit untuk tambang grab dan kes kecemasan aje.

Keesokan jam 5.30 pagi saya dan Cath gigih berjalan berdua ke tasik Hoan Kiem lagi.  Niat di hati nak jogging.  tapi byk berjalan aje sambil menikmati pemandangan sunrise kat tepi tasik tu.  

suasana pagi

jam 5.30 pagi tapi dah cerah

morning semua...




Jambatan merah yang menghubungkan Tokong Ngoc Son




laluan ke tokong Ngoc Son melalui jambatan merah tu tapi masih tutup lagi





 Hanoi Street Food yang meriah pada sebelah malam

lokasi hotel kami terletak di Hanoi Street Food yang meriah pada sebelah malam.




nampak tak wayar elektik yang berselirat tu

lorong ni sunyi waktu ni



dalam jam 8 pagi saya bergerak semula ke hotel untuk membersihkan diri dan mengemas barang-barang.  Flight saya jam 12 tengahari.  So saya merancang untuk mengambil Grab jam 9 pagi.



nak sampai airport dah



tibalah masa untuk kembali ke sarang. Percutian panjang yang memenatkan tapi best.  Banyak memori indah tercipta di sini. bye bye North Vietnam...


No comments: