Thursday, 8 August 2019

Trip ke North Vietnam - Intro

assalamualaikum semua

Entry kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya hiking dan traveling ke North Vietnam.  Sebenarnya perancangan untuk menawan puncak Fansipan telah dirancang dari tahun lepas lagi.  segala persiapan seperti tempahan pakej, membeli tiket flight dan lain-lain telah dibuat awal untuk mengelakkan kesesakan poket di saat-saat akhir 😅.  dan akhirnya seramai 30 orang ahli mengalas impian menawan Puncak Gunung Fansipan yang mempunyai ketinggian 3143 metres dan merupakan puncak tertinggi di Indochina.

Dari Kuching saya menaiki flight sebelah malam untuk ke KLIA 2.  Seterusnya jadi gelandangan sekejap di KLIA 2 sementara nak naik flight KLIA 2 - Hanoi pada jam 6.30 pagi.



muka ceria walaupun tak tidur

sebaik sampai di Noi Bai airport saya terus ke kaunter Klook untuk mengambil simkad yang telah dibeli secara online.  memandangkan saya akan menggunakan data untuk traveling selepas Mt Fansipan, saya memilih jenis unlimited 3G speed only data yang berharga RM32.

simkad yang telah dibeli secara online di klook

sebaik sampai di Noi Bai airport, kami disambut oleh wakil dari OHANA seramai 3 orang yang dikenali sebagai Hanif, Olaf dan Khair dan seterusnya kami menaiki bas menuju ke Sa Pa selama 6 jam perjalanan.

group photo di Noi Bai Airport

dalam bas pun nak bergambar juga




perjalanan selama 6 jam ke Sa Pa disajikan dengan pemandangan bentuk rupa bumi dan hamparan sawah padi yang menghijau. 
singgah sekejap kat sini
bas yang kami naiki ini berhenti di satu tempat rehat selama 1/2 jam untuk berehat, ke tandas dan sebagainya.  daptkan luruskan badan sekejap.  Memandangkan waktu tu dah tengahari, perut pun rasa lapar tapi saya tak confident nak beli makanan kat situ.  so jalan selamat saya makan buah sahaja.  gambar bawah : sebelah kiri tu mini prune dan sebelah kanannya buah pear.

 




menjelang petang kami pun sampai ke tempat penginapan.  disebabkan keletihan saya lupa nak snap gambar bilik tu yang dapat menempatkan 4 orang dengan 2 katil queen.  tak sempat nak berehat pun sebab kami terus bergegas untuk bergerak ke tempat lunch + dinner + briefing

atas hotel bawah barangan outdoor,  Racunnnnn

aksi atas bumbung.

suasana di bandar Sa Pa



shopping mall famous kat Sa Pa



anak-anak Vietnam dengan pakaian tradisional

tempat lunch + dinner + briefing
sesi suai kenal dan briefing 

lauk yang dihidangkan.  sayur x sampai lagi

perut gembira kekenyangan
selesa menjamu selera, kami berjalan2 cuci mata di sekitar Sa Pa ni.  Kat sini malamnya cepat.  jam 6 ptg dah gelap.  Untuk makluman waktu di North Vietnam ni awal sejam dengan waktu di Malaysia.


topi BTS pun ada.

suasana pada sebelah malam

meriah kat dataran ni dengan pertunjukan dan jualan.  malam minggu kan

comey budak kecil ni berniaga

egg coffee yang terkenal di sini.  menu wajib try. sedappp lemak2 tp manis sgt.

tak lama pun kami berjalan-jalan sebab nak berehat awal untuk simpan tenaga sebagai persediaan aktiviti esok yang mencabar...


keesokkan paginya dapat info yang trip ini masuk dalam surat khabar Utusan Borneo..   Siap dengan senarai nama sekali 😂
keratan akhbar dari Utusan Borneo 😁
bersambung......

No comments: