Tuesday, 20 August 2019

Trip ke North Vietnam - Sa Pa (cable car)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

ok kita sambung lagi trip ke North Vietnam saya.  Macam yang saya dah bagitau sebelum ini,  saya turun gunung dengan menggunakan cable car.  Bayaran cable car ini adalah 700K VND sehari.  sehala atau dua hala sama aje harganya.

depan tiket


belakang tiket

kopi vietnam. sedap sebab ada org belanja 👉👈

minum kopi dan membawang dulu..

muka eksited sebelum naik cable car.  beraturrr

tu pun dah sampai... horeyyy

masing-masing asyik menikmati pemandangan.  kecoh betul masa ni.  nasib baiklah cuma team kami aje yang ada dalam ni..


saya kongsikan sedikit view yang saya snap dari cable car ni.  sebenarnya pemandangan dari atas ni memang cantik tapi sebab cuaca tak bagus,  tak jelas sangatlah bila diambil gambarnya.  tapi ok lah buat tatapan mata sendiri.  best tau.



 




nampak titisan air hujan tu


bentuk muka bumi yang mempersonakan

selesai sudah..
sebaik turun kami terus berjumpa dengan kedai cenderamata kat sini.  saya tertarik melihat fridge magnet yang tertulis Mt Fansipan dan beli untuk diri sendiri shj sebab harganya mahal. 70K VND sebijik.  Tak menyesal beli okey sebab tak ada dijual kat tempat lain pun...



rak daripada buluh 

ada jambatan dan kincir air daripada buluh juga

selesai mencuci mata di kedai cenderamata tu kami keluar dari bangunan tu dan disajikan dengan pemandangan musim bunga yang berwarna warni.  jom tengok sebahagian gambar yang saya kongsikan.

bunga bunga matahari.. ewah..






geram tengok bunga ni

dikelilingi bunga ros yang wangi


gaya sopan gitu..



nikmatnya dikelilingi bunga 

ada gerai jualan juga
kami menaiki teksi menuju ke tempat penginapan.  kami disediakan 2 bilik untuk membersihkan diri dan berehat sementara menunggu team 1 sampai.  Setelah membersihkan diri, saya berehat aje kat sini.  ada yang keluar makan dan shopping tp saya tak ada mood. 

kalau rasa nak berurut pun boleh tp sy tak selesa sebab open aje tempatnya.

sijil pendakian yang diterima

malam tu selepas dinner, kami menaiki bas menuju ke bandar Hanoi.  sepanjang perjalanan senyap dan suyi aje sebab masing-masing keletihan.  jadi tidur ajelah sepanjang perjalanan tu.

No comments: