Wednesday, 21 August 2019

Pengembaraan ke Sabah dari Kuching melalui jalan darat.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blogku... 

Saya nak kongsikan pengalaman mengembara daripada Bandaraya Kuching Sarawak ke Kota Kinabalu Sabah melalui Brunei.  Sebenarnya ini entry tahun 2014 tapi disebabkan ada masalah saya terpaksa repost semula untuk tatapan pembaca dan memori sendiri.

Ok. Perjalanan  pergi mengambil masa 1 hari setengah melalui sibu - Bintulu - Miri - Limbang - Brunei - Limbang - Brunei - Lawas - Kota Kinabalu.  Mungkin akan ada yang berfikir kenapa nak susah-susah guna jalan darat.  kalau naik flight kan 1 1/2 jam aje.  Sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri.  Saya sebenarnya nak merasai melalui jalan darat ke sini.  Ini hanyalah sekadar berkongsi pengalaman terutama kepada sesiapa yang berhajat nak buat perkara yang sama.  kena cekal dan tabah tau..

Hari pertama

Bergerak daripada rumah jam 5.00 pagi.  (susah betul nak kejutkan anak2).  Jam 6 pagi kami singgah di sebuah masjid untuk solat subuh lepas tu sambung balik.  Sepanjang hari ini kami memang berada dalam kereta aje. kami  berhenti rehat untuk makan tengahari sahaja. masa ni target nak sampai Miri petang.  alhamdulillah jam 5 petang kami berjaya sampai dan terus check in hotel yang memang ditempah awal.  (jangan main serbu aje, kalau hotel penuh kena tido dalam keta nanti... tak mau, tak mau. letih wooo).  lepas makan aje kami sekeluarga terus lena sampai pagi... hahaha.

Hari kedua

Hari ni kami bergerak lagi memasuki brunei. keluar brunei jumpa Limbang, masuk semula brunei dan keluar Lawas.  untuk pengetahuan semua pasport kami akan dicop sebanyak 10 kali untuk perjalanan pergi dan 10 kali untuk perjalanan balik.  (banyak nya... hahaha).  setelah mengharungi dan berjumpa staf imigresen di setiap pondok kawalan, akhirnya kami pun sampailah ke home stay yang ditempah yang terletak berhampiran dengan Bandar Kota Kinabalu Jam 3 petang.  fuh legaaaa...

lepas rehat sekejap (tak boleh lama-lama wooo, rugi) kami mula cari makan sambil ronda-ronda tengok bandar KK menjelang senja.






pemandangan waktu senja di KK
pemandangan waktu senja di bandar KK.  cantik kan??? masa ni kami tengah ronda-ronda..



Hari ketiga

misi hari ketiga adalah pergi ke timpohan gate iaitu lokasi pertama yang perlu dilalui oleh para pendaki gunung kinabalu.  (saya dah pernah daki gunung ni dulu. tapi 10 tahun dulu masa gagah perkasa lagi.  sekarang kalau suruh mendaki lagi tak tau boleh lagi ke tak... badan dah montel. hahaha).  nak sampai ke kaki gunung ni, kita akan melalui Kundasang yang memang sejuk.  kebetulan waktu ni hujan.  jadi sejuk 2 kali ganda la.  rasa macam melancong kat oversea pulak.. cewah..


baris sedia...😂



gayat tapi nak juga panjat.  bila pandang belakang mengeletar kepala lutuh.  padan muka




alahai anak ku.
azim berposing dengan payungnya. haha.  masa saya snap gambo ni dia tak tau.  kelakar pulak tengok gelagat dia


petang tu kami bergerak ke jeti pulak untuk beli tiket sebab perancangan untuk esok, nak naik bot pergi ke Pulau Manukan konon2 nak snorkeling pulak...




Hari keempat

hari ni anak2ku memang excited sangat. maklumlah nak naik bot. (eleh macamlah tak pernah naik bot).  nak kejutkan bangun tido pun senang.. (kalau lah hari2 macam ni kan senang mama diaorag. tak payah jadi tarzan). perjalanan menaiki bot mengambil masa lebih kurang 45 minit. bergantung kepada kelajuan bot. malas nak cerita panjang. tengok aje gambo kat bawah..




cheese....



pantai yang cantik

rupa orang pakai google sebelum berenang 😂






hari kelima

hari ni kitaorang jalan2 ke zoo pulak.  keistimewaan zoo ini ada pertunjukan burung kakak tua yang saya rasa memang terlatih, orang  hutan dan jugak... ULAR.. (aaaaa......tergetor2 nampak dia).


tengok boleh tapi jangan sentuh nanti burung ni patuk.  itu pesanan penjaga burung ni



dalam ni tak byk pulak gambonya. saya tak ingat save kat mana tah.  jenuh jugak cari tapi tak jumpa. jadi ini aje yang dapat ditunjukkan.



Next entry saya akan kongsikan perjalanan balik melalui Negara Brunei pulak ye.  Memang ada dalam itinerary pun.

bersambung......  

1 comment:

Nasri said...

Assallammualaikum wbt

Wah, bestnya. Nak tauk;

1. Taun berapa trip berkenaan? Adakah masih sama keadaan nya dengan tahun sekarang 2023?
2. Brapa anggaran kasar jumlah belanja keseluruhan trip?

Semoga dapat jadi panduan bersama. Tq.

Nasri, PJ, Kuching