assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
sebenarnya saya dah order online pada 29 mac yang lepas. memang telah dimaklumkan oleh kelab RAM bahawa buku ini akan dapat lambat dapat sebab buku dalam proses mencetak dan tempoh untuk dapatkan tandatangan penulis.. So sy tak kisah sangatlah dapat lewat. yang penting dapat...
setelah lama menunggu semalam buku pun sampailah ke tangan saya.. maknanya hampir sebulan baru dapat. alhamdulillah.
pembelian secara online agak mahal sikit. kalau tengok harga yang tertera pada kulit buku untuk Sabah Sarawak RM29.90 tapi saya beli RM40 sebuah. maknanya ada perbezaan RM11 kat situ. tapi saya puashati sebab yang pertama dapat buku ni lebih awal daripada pembaca yang lain. (setakat waktu ini, buku ni belum ada di pasaran lagi tau).
sebab yang kedua saya dapat tandatangan penulis buku itu sekali dengan cop kelab RAM. memang susah nak dapat. biasanya kalau ada pesta buku aje baru penulis ada di situ utk dapatkn TT. saya pulak duk kat bumi kuching. maknanya memang tipis lah nak jumpa penulis buku ni..
dan sebab yang ketiga saya dapat penanda buku ekslusif edisi sunan yang memang tidak ada di pasaran. sebab saya biasa pos barang2 ke semenanjung, jadi saya tahu kos mengepos guna pos laju. Harga untuk kos mengepos buku ni lebih kurang RM12.60 (3 buah). memang saya tak rugi apa2 pun.
inilah buku imaginasi, karya terbaru RAM yang saya beli online... bukak daripada kotak terus snap gambar. 2 buah lagi tu kawan saya yang order. kiranya sama2 peminat RAM lah..
inilah TT RAM beserta cop kelab RAM. ini yang susah nak dapat. yang saya pegang kertas kaler hijau tu adalah penanda buku siri Sunan yang saya ceritakan tadi.. ada 8 buah buku siri Laksamana Sunan yang disusun mengikut nombor. jadi kalau nak baca ikut aje turutan buku tu.. buku kisah Laksamana Sunan ni memang siri yang terpanjang. sebelum ni RAM ada menerbit buku bersiri juga yang bertajuk Tombiruo. Tapi hanya ada 3 siri aje..
Minat membaca saya dari zaman pandai kenal huruf dan angka sampai sekarang tak pernah luntur. pernah seketika saya cuba menghilangkan hobi ini, tapi memang tak boleh. jiwa saya rasa kosong bila tidak membaca... cuma buku2 bacaan yang saya pilih lebih tertumpu kepada buku2 yang lebih berbentuk ilmiah. sesekali saya layan jugak novel cinta, tapi tak mungkin tak kena dengan jiwa saya, saya rasa kurang seronok. mungkin sebab jalan cerita yang lebih kurang sama menjadikan saya rasa bosan.
sekian celotehan pasal hobi saya... wassalam
No comments:
Post a Comment