sebenarnya ini cerita minggu lepas. tapi tak sempat nak up date sebab sibuk dengan tugas hakiki. Hari ini baru sempat nak update blog.
Program ini bermula hari Jumaat dan selesai hari Ahad. memang 3 hari diperlukan untuk siapkan projek ini. Ini adalah program di NBOS Knowledge Sharing yang diadakan bersama MPP dan penduduk sekitar Padawan.
projek menghasilkan simen ferro ukiran kayu dan masonry ini dibuat di Pitcher Plants Exhibition and Conservation Centre milik Majlis Perbandaran Padawan. projek ini dibuat bersama2 pelajar dan orang kampung di sekitar MPP.
saya kongsikan gambar2 sepanjang 3 hari program ini berlangsung. kumpulan saya menghasilkan simen ferro ukiran kayu. sebanyak 3 set simen fero ukiran kayu dan 3 set simen fero ukiran masonry telah berjaya dihasilkan dan akan disumbangkan ke taman2 di sekitar Padawan.
Day 1
sebelah pagi adalah proses menyiapkan kerangka projek.
bersama kerangka yang dah siap dihasilkan sebelum makan tengahari.
berselera masing2 masa lunch. kepenatan menyiapkan projek.
sebelah petangnya kami melepa untuk 1 st layer pula. masa ni kami dah angkat semua kerangka ni ke bawah kemah sebab takut kena hujan pada sebelah malamnya.
Day 2.
setelah dibiarkan semalaman, proses melepa lapisan kedua pula dilaksanakan. yang kali ini agak rumit sebab kita kena pastikan lapisan yang dilepa cukup tebal untuk diukir pada sebelah petangnya.
inilah hasil melepas dan membuat ukiran pada hari ke 2.
Day 3
kami hanya ada masa 1/2 hari aje sebelum majlis perasmian penutupan program yang akan dilaksanakan pada sebelah tengahari.
izah pun membantu prses mengecat.
masa ni skill sangat penting. segala ilmu yang dipelajari sebelum ini perlu dipraktikkan sepenuhnya bagi memastikan projek yang dihasilkan menepati kehendak.
dan akhirnya inilah hasilnya.... group kami berjaya menjadi projek simen fero ukiran kayu terbaik. horeyyyy...
gambar di bawah ini adlah projek ukiran masonry terbaik..
sebelum balik saya dan izah sempat berposing kat taman ini..
program kami turut dimasukkan dalam artikel Borneo Post boleh buka di sini dan artikel daripada berita harian pula ada di bawah
sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment