kadang-kadang bila kerajinan meroti datang, weekday pun boleh on. Tapi kalau M besar datang, nak jerang air pun x jadi. Rasanya dah banyak kali juga Miss N berkongsi resepi. ada yang cantik terbentuk ada juga yang buruk hasilnya sebab overproof. tapi itulah pengalaman. Setelah banyak bereksperimen, masuk kelas PJJ dan sebagainya maka terhasillah doh asas meroti versi Miss N. So lepas ni Miss N memang akan guna resepi doh ini aje untuk meroti sebab dah teruji hasilnya. Miss N sangat puas hati dengan hasil doh yang terkini ini.
ok Miss N kongsikan resipi terkini yang diguna untuk semua jenis roti ini
Doh asas
bahan-bahan
500 gm tepung high protein
20 gm susu tepung
260 ml susu segar
80 gm gula pasir
1 sudu besar yis saf
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu besar pelembut roti
1 susu besar bread improver
60 gm mentega
cara-caranya
- masukkan susu ke dalam mangkuk adunan dan kacau dengan senduk bersama gula dan yis. biarkan yis mengembang dan berbuih lebih kurang 10-15 minit. tujuannya adalah untuk memastikan yis yang digunakan adalah yis yang elok.
- kemudian masukkan semua bahan yang lain kecuali mentega. uli sebati dengan menggunakan mixer. nak guna tangan pun boleh.
- kemudian masukkan mentega dan uli hingga menjadi doh yang elastik. lebih kurang 30 minit jika menggunakan mixer.
- setelah itu rehatkan doh sekejap dalam 15 minit.
- setelah itu bolehlah dibentuk mengikut bentuk yang dikehendaki. Miss N menggunakan berat doh 40 gm setiap satu.
inti dan topping untuk mexican bun
inti
30 gm mentega
60 gm gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. masukkan ke dalam peti sejuk supaya ia menjadi keras untuk memudahkan proses menginti.
topping
bahan-bahan
2 sudu besar air
2 sudu besar kopi/ mocha segera
500 gm gula aising
20 gm mentega
1 biji telur
50 gm tepung kek
1 sudu kecil esen vanila
cara-cara
- kacau kopi bersama air hingga larut dan masukkan esen vanila. ketepikan
- pukul gula aising bersama mentega hingga gebu dan berkrim. masukkan telur dan kacau lagi.
- masukkan air kopi dan tepung. kacau hingga adunan sebati.
- masukkan dalam piping bag untuk memudahkan proses topping
cara membentuk roti
- letakkan doh atas tray. timbang doh dalam 40-45 gm dan buat rounding (bulatan)
- leperkan doh dan isi inti yang dikehendaki. Miss N buat inti kacang merah dan mexican bun. lepas letak inti tutup dan bulatkan doh. kemudian letak ke dalam paper cup. Miss N guna paper cup bersaiz 7 cm diameter.
- untuk roti sarang lebah pula Miss N cuma buat rounding dan letak ke dalam bekas aluminium sahaja dan biarkan mengembang 2 kali ganda.
- bakar doh selama 10 - 15 minit pada suhu 180 darjah. yang ini bergantung kepada oven masing-masing ye
Miss N guna mixer ni. brand cornel yang boleh menguli 700 gm tepung |
Bun kacang merah (versi bulat)
doh beratnya 40-45 gm |
inti kacang merah yang dibulatkan 25-30 gm |
leperkan dan letak inti |
letak atas paper cup saiz 7 cm. doh akan mengembang |
doh yang dah mengembang 2 kali ganda sapu dengan susu segar sebelum ditaburkan dengan bijan |
sapukan dengan butter untuk mengilatkan bahagian atas bun |
Bun kacang merah (versi bunga)
cantik berkilat kan |
Mexican Bun
doh yang telah mengembang 2 kali ganda |
topping untuk mexican bun |
boleh letak coklat chip |
dalam oven |
terlebih garing topingnya. coklat chip semuanya jatuh ke tepi |
Roti sarang lebah
setelah doh kembang 2 kali ganda, sapukan dengan susu segar pada bahagian atasnya sebelum ditaburkan dengan bijan hitan, biji kuaci dan biji labu.
doh dah kembang 2 kali ganda |
taburkan bahagian atasnya. yang ini ikut suka |
tengok betapa gebunya roti ni |
Chicken floss bun
chicken floss bun |
Miss N upload rupa roti yang dah siap untuk tatapan semua. gebu gebas tu. hihihi
Tip
* untuk bahagian atas roti miss N sapukan dengan susu segar sebelum dibakar untuk menghasilkan teksture bahagian atas roti yang rata.
* untuk mendapatkan hasil yang berkilat, lepas keluar dari oven Miss N akan sapu dengan butter
untuk melihat video cara membuat roti bolehlah klik di link ini cara membuat roti
No comments:
Post a Comment