assalamualaikum dan hai semua
asyik join run aje sesekali kita tukar profession pulak. sebenarnya dah banyak kali juga Miss N join jadi marshall tapi malas nak buat entry. so kali ni nak kongsikan lah pengalaman Miss N jadi marshall untuk event larian. Mana lah tahu kot-kot ada yang teringin nak try jadi mashall.
Miss N sebenarnya aktif join kelab. Untuk larian Miss N join Kelab Underground Runner (UGR) dan untuk hiking pula Miss N join kelab kembara Anak Sarawak (walaupun bukan org srwk, tumpang cari rezeki aje di Srwk ni). Kedua2 kelab ni adalah kelab berdaftar. kelab UGR selalu dapat jugalah dilantik untuk jadi marshall. kalau Miss N free join ajelah. kadang2 dapat saguhati, kadang2 buat amal aje. tak kisah sangat pun. kalau dapat bayaran tu rezeki lah.
Lokasi marshal kali ni terletak di Pustaka. Larian sejauh 4 km tu mengelilingi kawasan sekitar pustaka sahaja. Miss tak ada masalah sangat dengan tempat ni sebab pusaka ni tempat Miss N training pada hujung minggu. lokasi telah ditentukan oleh chip. kami ikut sahaja
|
route larian dan lokasi marshall |
Para marshall dikehandaki berada di tempat masing-masing 1/2 jam awal daripada masa flag off. in untuk memastikan semua marshall telah bersedia dan sebarang masalah dapat diatasi segera. Marshalling kit diberi sehari sebelum hari berlangsung.
|
gate masih tutup lagi 😂 |
|
persediaan di water station |
|
WS ni kalau tak dijaga air yang ada kat situ boleh berjalan sendiri tau |
|
persediaan di starting & finishing point |
kon diletakkan di tempat yang sesuai
|
masa ni dah terang. |
|
kelihatan Ketua Menteri Sarawak sedang berjalan kaki menuju ke starting point untuk sesi flag off peserta larian |
jam 6.45 pagi peserta larian pun dilepaskan. So marshall mula bersedia menjalankan tugas di tempat masing-masing.
|
Pelari pertama dan kedua. Mereka berdua ni memang padu biasa naik podium |
|
peserta terakhir |
Nampak macam senang aje tugas marshall ni tapi sebenarnya tugasan ini ada risikonya. marshall bukan sahaja bertugas untuk membantu peserta larian berlari di laluan yang betul tetapi pada masa yang sama juga perlu membantu mengawal lalu lintas di kawsan sekitar. Kalau tidak bernasib baik boleh kena marah dengan pemandu kenderaan. Marshall juga berisiko dengan kemalangan terutama sekali sekiranya ditugaskan mengawal laluan yang melibatkan persimpangan jalan-jalan utama. biasanya untuk kawasan yang berisiko tinggi akan ada polis trafik yang akan mengawal kenderaan. So bukan senang sebenarnya untuk menjadi marshall larian ye...
selesai duty, marshalling kit dipulangkan dan kami menerima saguhati untuk tugasan yang dilakukan. Seperti biasa sebelum bersurai kita adakan sesi bergambar dulu... cheese 😃😃😃
|
muka happy dapat upah. hihihi |
sekian perkongsian marshalling Miss N. semoga berjumpa lagi.. Wassalam
No comments:
Post a Comment