mood menulis blog kembali semula. jadinya saya sambung terus entry ekspedisi Mulu Pinnacles.
Hari keempat
Pagi itu selpas solat subuh, mandi dan berkemas untuk memulakan perjalanan pulang dari Camp 5 menuju ke Kuala Litut. perlu bergerak awak kerana ada ahli yang akan menaiki penerbangan pulang jam 1.30 tgh nanti.
sebanyak 2 buah jambatan gantung yang perlu dilalui untuk menuju ke Camp 5 atau bergerak pulang ke Kuala Litut |
sementara menunggu yang lain, saya bergambar dulu kat sini |
Sampai di Kuala Litut sementara menunggu yang lain, saya sempat merendamkan kaki ke dalam air sungai itu. segarnya rasa. Disebabkan ada yang injured, hampir 45 minit juga kami menunggu baru group terakhir sampai. Seterusnya kami menaiki semua bot menuju ke Mulu Airport.
Sebahagian dari ahli group kami mengambil penerbangan balik pada hari ini manakala sebahagian lagi termasuk saya stay dan balik pada keesokan hari. Dari situ saya menunggu beg yang ditinggalkan. Kemudian saya check in di backpaker hotel yang terletak di Mulu Park HQ untuk bermalam.
Petang tu saya join trip ke Canopy walk pula dengan bayaran RM42 seorang. Untuk ke Canopy walk ini diwajibkan ada guide untuk keselamatan. jarak laluan canopy walk adalah sejauh 6 km dari Mulu Park HQ. laluan Mulu canopy walk ini adalah sejauh 480 meter dengan ketinggian 25 meter merupakan salah satu laluan jambatan gantung berasaskan pokok yang terpanjang di dunia. kita dapat melihat pemandangan hutandi sepanjang laluan tersebut. kalau bernasib baik boleh melihat burung dan pelbagai spesis haiwan dan serangga di sini.
park kat sini dulu. Semoga ada rezeki saya untuk sampai ke Puncak Mulu Pula satu hari nanti |
petang tu hujan turun dengan lebatnya. di sudut hati rasa bersyukur kerana cuaca baik semasa pendakian ke Mulu Pinnacles sebelum ini.
Hari ke 5 (hari terakhir)
disebabkan flight saya tengahari, pagi tu saya bersantai2 menikmati keindahan hutan Mulu ini. Waktu ni kami hanya berenam sahaja. destinasi kami adalah Tree Top Tower yang terletak sejauh 10 minit jalan kaki dari Mulu Park HQ. Kami perlu membayar deposit sebanyak RM50 dan akan dikembalikan semula setelah kunci diserahkan semula. Tiada bayaran masuk dikenakan di sini. Sekiranya berhajat untuk melihat pelbagai spesis burung, Tree Top Tower ini amat sesuai dikunjungi pada awal pagi antara jam 5-8 pagi atau petang jam 5 hingga 8 malam.
tetap ceria walaupun letih mendaki Mulu Pinnacle belum hilang |
terjumpa pula spesis siput. rupa macam siput b**i tapi cengkerangnya cantik |
spesis semut yang besar |
pokok besar |
sebelum balik bergambar dulu di sini |
Ada cop pada sijil untuk tempat-tempat yang saya dah kunjungi. untuk mendapatkan sijil ini bayaran sebanyak RM10 akan dikenakan. |
masa untuk ucap selamat tinggal |
bye bye Mulu. |
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya saya dapat menawan puncak Gunung Api, Mulu Pinnacles yang merupakan puncak yang sangat tinggi risikonya. Misi pendakian ini merupakan salah satu memori terindah dalam hidup saya. Melalui pendakian saya kenal erti cabaran, persahabatan, kesabaran dan yang paling penting sekali adalah kebesaran Allah yang maha Esa. Bukan tujuan mendabik dada bila sampai ke puncak, tapi merasai betapa kerdilnya kita sebagai insan di muka bumi ini.
maka berakhirlah entry ekspedisi menawan Mulu Pinnacles yang bermula pada 14 September 2018 hingga 18 September 2018.
sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment