Monday 22 October 2018

Pengalaman mengerjakan umrah di bulan Ramadhan 2018 part 1 (Kota Madinah)

assalamualaikum semua

sebenarnya niat nak mengerjakan umrah ni dah lama.  cuma belum diberikan keizinan olehNya.
Alhamdulillah rupanya rezeki saya adalah dapat mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan dan turut merasai pengalaman 10 malam terakhir ramadhan di Mekah.  Saya kongsikan sedikit info yang berkaitan dengan kelebihan mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan.







Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud; “Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.” Diriwayatkan, ganjaran pahala mengerjakan solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 ganjaran. Dalam hal ini, ulama mengkiaskan pahala solat seperti dinyatakan dalam hadis itu, bahawa ia turut meliputi ibadat lain seperti Qiamullail, membaca al-Quran dan iktikaf. Di samping mengerjakan ibadat umrah seperti tawaf dan saie, jemaah berpeluang mengunjungi Masjid Nabawi. Dalam hadis lain, Rasulullah menjelaskan, ganjaran mengerjakan solat di masjid itu menyamai 1,000 pahala



disebabkan entry ni dah lama terbengkalai dalam draf, banyak yang saya dah lupa.  jadinya entry apa yang saya ingat sahaja lah ye...

Berdasarkan komen2 positif daripada jemaah yang pernah mengerjakan umrah saya mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat agen Andalusia.  Syukur syarikat ini memberikan perkhidmatan yang memuaskan saya.

Penerbangan mengunakan pesawat Air Asia terus ke Jeddah.  Sampai di airport Jeddah kami mengambil beg dan menjalani pemeriksaan imigresen dan scan beg.  alhamdullilah segalanya dipermudahkan.   tidak ada jemaah yang ada masalah di sini. setelah selesai semua kami pun menaiki bas yang disediakan untuk ke Madinah terlebih dahulu.

sepanjang perjalanan saya disajikan dengan pemandangan padang pasir.  Teruja jugalah saya sebab tak pernah lagi merasai suasana begini.  Syukur alhamdulillah. memang susah nak lihat pokok yang berwarna hijau di sini.  untuk maklumat  pada waktu ini adalah musim panas dan kepanasannya boleh mencecah sehingga 41 darjah celsius.  






sampai di hotel lebih kurang jam 3 petang waktu tempatan.  kami berehat sementara nak menunggu waktu berbuka jam 6.45 ptg.  perjalanan kami membelakang waktu.  jadinya tempoh sebenar berpuasa pada masa ini menjadi lebih lagi.  dianggarkan lebih kurang 18 jam.  ni antara menu berbuka puasa yang disediakan di hotel penginapan kami. 




ini adalah hidangan sampingan yang saya dapat semasa berlegar2 di jalan.  ada orang yang memberi sedekah.  sebenarnya  memang ramai dermawan di sini.  masing2 berusaha untuk mengejar pahala terutama ketika bulan Ramadhan ini.




gambar di bawah nilah hotel Mawaddah tempat penginapan kami sepanjang berada di Kota Madinah ini.  jarak dari Masjid Nabawi lebih kurang 200 m sahaja.   Di bahagian bawah hotel ini banyak kedai2 yang menjual pakaian dan cenderamata termasuk juga kurma, kekacang, kismis dan sebagainya.  jadi tak perlu berjalan jauh pun kalau berhajat nak shopping di sini.



a)  Masjid Nabawi

kubah yang berwarna hijau itulah terletaknya makam junjungan besar Nabi Muhammad SAW. kita hanya dapat melihat dari jauh sahaja kerana di Raudhah  pun kita dah tak dapat nak melihat  makam tersebut sebab dah diletakkan dinding yang menutupi seluruh kawasan itu.


ini pula pemandangan di sekitar masjid Nabawi.  pada waktu siang kanopi akan terbuka dan pada waktu malam kanopi ini akan tertutup.  Gambar waktu mlm tak ingat pula nak snap.



ini antara pemandangan di sekitar kota madinah yg sempat saya rakamkan.



b)  Masjid Quba

di Kota Madinah ni kami di bawa mengunjungi Masjid Quba yang merupakan masjid pertama  yang dibina di kota Madinah ini sebaik sahaja Nabi Muhammad SAW menjejakkan kaki di kota ini.




c) Pasar kurma

kami juga di bawa mengunjungi ladang kurma di kota Madinah.. Di sini terdapat kedai yang menjual beraneka jenis kurma.  sampai rambang mata dibuatnya.  saya difahamkan kalau bukan bulan Ramadhan, pengunjung dibenarkan untuk merasa buah-buah kurma yang ada di sini sebelum membeli.




d) Jabal Uhud/  Bukit Uhud

Bukit Uhud merupakan lokasi berlakunya Perang Uhud.  Peperangan besar ini memang sentiasa diingati oleh seluruh umat islam kerana ia merupakan peperangan besar yang terjadi antara pejaung Islam dan kaum kafir Quraisy  yang berlaku pada 15 Syawal 3 hijriayah. Dalam peperangan ini seramai 70 pejuang islam mati syahid.  Antara para syuhada yang terkorban semasa peperangan ini adalah Hamzah bin Abdul Muthalib. walaupun cuaca panas, saya tetap bersemangat juga.  Di sini juga terletaknya makam shuhada dan terletaknya masjid Sayyid al-Syuhada. 



sempatlah merakamkan gambar bertiga bersama emak dan adik lelaki saya yang menjadi mahram saya di sekitar bukit Uhud ini. 

 



gambar di bawah ini adalah makam para syuhada perang Uhud.



sebenarnya hari ke 3 di Kota Madinah ini ada juga lawatan ke tempat lain yang tidak ada dalam itenary Andalusia.  Malangnya disebabkan salah faham, kami telah ditinggalkan.  makanya hari ke 3 kami hanya berlegar2 di sekitar hotel sahaja.

e)  Raudhah

hari keempat barulah Allah berikan keizinan kepada saya untuk memasuki Raudhah.  Syukur sangat.  Masjid Nabawi ni sepanjang masa ramai pengunjung.  Masing2 datang dengan niat untuk mendapatkan pahala beribadat di bulan Ramadhan terutama sekali pada 10 malam terakhir.  Untuk memasuki Raudhah bukan mudah.  masa yang diperuntukkan untuk kaum wanita pun terhad. Kami terpaksa  berhimpit-himpit dan berebut2 untuk masuk.  Saya dah lah berbadan kecil, kena tolak dengan org arab yang berbadan besar memang melayang lah jadinya.  Alhamdulillah allah memudahkan saya dengan menghadirkan ada seorang hamba allah yang menarik tangan saya ketika berasak2 masuk ke dalam Raudhah tu. Sampai sahaja di dalam Raudhah tu dan semasa menunaikan solat juga ada hamba allah yang membantu sy dengan membuat penghalang dgn menggunakan badannya agar saya tidak dilanggar atau dipijak.  Selesai solat sunat berdoalah apa sahaja yang terlintas dalam fikiran sepanjang masa di taman syurga ini.  Insha allah apa yang diminta akan dimakbulkan oleh Allah.  gunakan peluang sebaik-baiknya di sini.  memang tak dapat lama pun di sini kerana petugas Arab di sini akan menghalau kita bila nampak kita terlalu lama di kawasan Raudhah ini.    Untuk pengetahuan semua, kita dah tak nampak pun makam nabi disini sebab dah ditutup dengan tembok yang tinggi.  Jadi fokus kepada solat sunat dan seterusnya berdoa  dan memohon kepada allah.


f) pasar malam

pada malam terakhir di Kota Madinah ini saya meluangkan masa mengunjungi pasar malam yang terletak tidak jauh dari masjid Nabawi.  Sebaik sahaja selesai solat Tarawih saya dan emak terus berjalan kaki ke situ.  harga di apsar ini memang murah.  sempatlah saya membeli jubah untuk diri sendiri dan sehelai jubah arab untuk anak lelaki saya.   Seterusnya membeli beberapa helai sejadah untuk disedekahkan kepada saudara mara dan kwn2.


hari terakhir

Pada hari ke lima pagi-pagi lagi saya dan emak saya bergerak menuju ke Masjid Nabawi untuk membuat ziarah wida' sebelum menaiki bas untuk menuju ke Kota Mekah pula.  Insha allah ada rezeki saya akan datang lagi..

sekian entry saya untuk kali ini. Insha Allah akan bersambung pula pengalaman saya di Kota Mekah pula.  Wassalam







No comments: