Tuesday 30 October 2018

Mendaki Gunung Api, Mulu Pinnacle - Menuju ke Puncak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

ok. kita sambung lagi entri ke Mulu Pinnacles.

Hari ketiga (16 September 2018)

jam 5 pagi kami dah bangun untuk bersiap2.  seterusnya bersarapan pagi. Selepas sesi memanaskan badan dan bacaan doa, jam 6.30 pagi kami pun memulakan pendakian menuju ke puncak Gunung Api dengan harapan yang tinggi untuk melihat keindahan Mulu Pinnacle. Perjalanan menuju ke Puncak adalah sejauh 2.4 km dan ketinggian 1800 m dari aras laut. Pendakian ini sangat mencabar dari segi mental dan fizikal kerana laluan pendakian yang menegak dan penuh dengan batu-batu tajam serta laluan sempit. Selain pendakian secara menegak tanpa diskaun, pendaki juga perlu mematuhi cut of time (COT) yang ditetapkan atas faktor keselamatan.  

gambar sebelum pendakian

hanya 100 m pertama sahaja laluan mendatar.  selebihnya trek pacak tak ada diskaun



COT pertama adalah tempoh sejam diberikan untuk sampai ke Mini Pinnacle.  Jarak dari Camp 5 ke mini Pinnacles ini adalah 900 m.  maknanya jam 7.30 pagi kami perlu sampai di sini.

Mini Pinnacle yang perlu dilepasi dalam tempoh sejam pendakian

masa ni line up kami ada 25 orang. seorang dah tarik diri sebab injured


Pendakian diteruskan lagi menuju ke tangga pertama (first ladder).  COT yang diberikan adalah 21/2  jam dari Mini Pinnacles.  sekiranya gagal melepasi had masa yang diberikan,  pendaki dikehendaki berpatah balik.  Lega sebaik sahaja saya sampai di tangga tesebut.  tangga dengan kecuraman 90 darjah ni perlu didaki.  Saya sebenarnya gayat, tapi semangat untuk sampai ke puncak mengatasi kegayatan saya... Syukur


tangga aluminium dengan kecuraman 90 darjah yang mencabar terutama kepada mereka yang gayat 
lega bila terlihat tangga dengan papan tanda 2 km ni. 
batu-batu besar yang mencabar fizikal dan mental pendaki

kiri kanan batu besar.  kami perlu melalui celah-celah batu yang sempit



trek kejam tak ada diskaun ye..

 
gambar kanan: Arif antara peserta padu dalam team kami bersama William guide kami..


 
masa ni saya solo aje.  tapi di belakang saya masih ada guide lah.  geng lain semua dah berdesup di depan. 


Akhirnya pada hari yang bersejarah 16 September 2018 jam 10.00 pagi seramai 23 orang ahli Kelab Kembara Anak Sarawak berjaya menawan Mulu Pinnacles.   Syukur alhamdulillah.  segala penat lelah terubat apabila menyaksikan keindahan yang dipenuhi dengan pemandangan batu-baju tajam di sini. Panorama yang indah ini menyaksikan seolah-oleh batu-batu tajam ini tumbuh dari tanah hasil daripada proses hakisan dan fenomena alam yang saya sendiri kurang arif dengannya.  Di sudut lain pula  kelihatan seolah-olah lukisan alam yang dicalit pada sekeping kanvas.  besar sungguh kuasa Allah.  

"nikmat tuhanmu yang manakah lagi yang ingin kau dustakan" - surah Ar Rahman



   

Gambar solo saya di sekitar puncak Pinnacle.


group photo bersama semua ahli yang berjaya sampai ke puncak.  muka ada senyumm wei..

ini lah gambar yang dimasukkan dalam artikel akhbar utusan borneo.  boleh baca di sini

setelah berehat dan makan bekalan yang dibawa, lebih kurang jam 10.45 pagi kami mula bergerak turun.  Perjalanan turun perlu dilalui dengan berhati-hati juga. Saya bergerak dengan perlahan untuk mengelakkan kecederaan. Batu-batu yang besar dan tajam menanti dan merbahaya sekiranya langkah berwaspada tidak dilakukan.  Apabila sampai di mini pinnicles, saya telah kehabisan air minum.  terpaksa menahan dahaga sepanjang 900 m terakhir menuju ke Camp 5.  Saya sampai semula di Camp 5 lebih kurang jam 3.15 petang.  Syukur berkat berwaspada dan berjalan perlahan tiada kecederaan pada saya.

Sebaik sampai saya tidak melepaskan pelung untuk menyegarkan badan.  setelah berehat lebih kurang 10 minit, kami beramai2 terus terjun merendamkan diri ke dalam air sungai yang sejuk itu.  Terasa badan macam dicucuk-cucuk sebaik sahaja masuk ke dalam air.  saya berendam selama sejam di situ.


Sungai Malinau yang jernih dan sejuk airnya terletak di Camp 5 masih kekal antara sungai yang bersih tanpa pencemaran


Setelah selesai sesi penutup pada malam itu, saya terus tidur keletihan.  Tenaga perlu dicaj semula untuk perjalanan pulang.

stop dulu entry ini dan akan bersambung dalam next entry pula ye.

sekian, wassalam



1 comment:

Crot Bergetar said...

aras laut. Pendakian ini sa

Video Bokep Indo | Nonton Film Bokep Gratis
Nonton Online Video Bokep Streaming
Nonton film bokep streaming terbaru di bokepindohot.pw dimana bisa mencari video bokep abg, film bokep smu, film bokep abg cantik, film cewe seksi, abg montok, bokep indo, bokep online, bokep smp, video bokep jilbab.
Crot Bergetar
Pengalaman Nafsu ABG Sange Di Goyang
crotbergetar.blogspot.com
#crot #bergetar #crotbergetar