Tuesday 23 October 2018

Pengalaman mengerjakan umrah di bulan Ramadhan part 2 (kota Mekah)

assalamualaikum semua

kita sambung lagi ye...

Perjalanan dari Kota Madinah ke Kota Mekah mengambil masa selama lebih kurang 6 jam.  kami bertolak sebelah pagi. Waktu ini masing-masing telah berpakaian ihram. kami bermiqat di Bir Ali.

a) umrah

kami menginap di Herra Palace yang terletak 690 m dari masjidil haram.  kami sampai pada waktu asar.   Sepanjang perjalanan ke hotel memang keadaan sesak dengan kenderaan dan lautan manusia yang ada.  Mutawwif kami mencadangkan untuk menunaikan umrah jam 2 pagi untuk mengelakkan pertembungan dengan jemaah yang baru selesai solat tarawih sekiranya umrah dilaksanakan mengikut jadual.  Jadinya kami berbuka sahaja di hotel. Saya yang pertama kali mengerjakan umrah ikut sahaja sebab memang tak ada pengalaman.  selesai berbuka saya berehat di dalam bilik.  sekiranya jemaah mahu mengerjakan solat berjemaah, selain daripada solat di masjidil haram jemaah juga boleh solat di surau yang disediakan di hotel penginapan.  Pahalanya sama sahaja kerana lokasinya masih terletak di sekitar masjidil haram.

Jam 2 pagi kami berkumpul di lobi dan terus bergerak ke masjidil haram untuk mengerjakan umrah.  dimulakan dengan tawaf, saie dan seterusnya tahalul.  semasa saie, azan subuh pun berkumandang.  kami stop dulu dan mengerjakan subuh berjemaah.  sesudah itu terus sambung saie dan diakhiri dengan tahalul.  Setelah selesai, kami terus bergerak menuju ke hotel untuk berehat.   kepenatan memang terasa sangat masa ni.




b) Jabal Rahmah

Jabal Rahmah merupakan tempat pertemuan semula Nabi Adam As dengan isterinya Siti Hawa.  Sebenarnya kerajaan Arab Saudi telah melarang para jemaah mengunjung Gua Hira, Jabal Rahmah dan ladang Unta (sebab kesihatan).  Tapi mutawwif kami telah memujuk driver bas kami untuk membenarkan kami mengunjungi jabal Rahmah seketika sahaja.  di situ juga mutawwif kami menunjukkan tempat bertemunya Nabi Adam As dengan isterinya Siti Hawa.




ini pemandangan dari atas Jabal Rahmah 


c) lawatan sekitar kota Mekah

kami dibawa melawat sekitar kawasan Kota Mekah.  Antara tempat yang menjadi laluan bas yang membawa kami adalah Arafah, Gua Hira' (tengok dari jauh shj),.  tapi kami tak turun dari bas.  hanya ditunjukkan tempat tempat tersebut sepanjang perjalanan.   Untuk info bersama pihak Andalusia, jemaah akan mengerjakan umrah sebanyak 3 kali.  sekiranya ada jemaah yang mahu membuat lebih, mereka boleh menumpang kumpulan bas lain untuk bermiqat.  itulah kelebihan mengikut pakej Andalusia sebab memang banyak kumpulan.  setiap hari akan ada kumpulan jemaah baru yang akan datang dan ada jemaah yang balik terutama bulan Ramadhan.  Saya difahamkan kalau mahu bermiqat menggunakan kenderaan awam, kosnya sangat mahal pada waktu ini.  setelah selesai melawat sekitar Kota Mekah, kami bermiqat pula di Ja'ranah.

saya kongsikan sebahagian gambar yg saya snap dari dalam bas sepanjang lawatan di Sekitar Kota Mekah ini.










gambar dibawah ni adalah gambar sekitar Masjidil Haram yang saya ambil ketika berjalan kaki 


memang banyak burung merpati di sekitar jalan ke masjidil haram ni.  ramai juga pengunjung yang membeli makan burung yang dijual disini.




memang menjadi kebiasaan bagi penduduk dan pengunjung di sini untuk berhenti melakukan aktiviti sebaik sahaja azan berkumandang.  Mereka akan menghamparkan sejadah dan terus menunaikan solat fardu secara berjemaah berimamkan imam di Masjidil Haram.


sebenarnya saya tak ingat hari keberapa gambar ini sy snap sebab kebanyakkan masa saya dihabiskan di Masjidil Haram. saya hanya makan sahur sahaja di hotel.


Kaabah.....  

Pertama kali saya bersendirian memandang kaabah, entah kenapa terasa sangat sayu.  tanpa disedari air mata saya mengalir di sini.   Impian untuk melihat secara dekat akhirnya dimakbulkan Allah.  Pemandangan dari atas dengan lautan manusia yang bergerak mengelilingi kaabah untuk melakukan tawaf menjadikan diri ini terasa amat kerdil.  Bibir ini tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana diberikan rezeki untuk menjejakkan kaki di bumi yang barakah ini.  Apatah lagi diri ini dijemput dalam bulan Ramadhan yang mulia.

kelebihan mengerjakan umrah pada 10 malam terakhir ramadhan adalah kerana diadakan Qiamulai bermula jam 1 pagi.  Saya sempat ikut sekali sahaja dan bersolat di jalan raya berhadapan dengan hotel penginapan.  







Jemaah memang ramai terutama sekali sejam sebelum waktu solat.  kalau berhajat untuk solat fardu disini lebih baik datang seawal yang boleh kerana menjelang waktu solat, banyak pintu-pintu yang akan ditutup dan menyebabkan jemaah terpaksa berjalan jauh untuk masuk ke dalam masjidil haram.  setiap hari saya akan datang awal pagi lebih kurang jam 8.30 am @ 9.00 am ke masjidil haram untuk mengelakkan kesesakan orang ramai.  itupun banyak tempat yang dah dipenuhi oleh jemaah lain.  Sebabnya ada  jemaahyang terus tinggal di sini sepanjang bulan Ramadhan.

selain air zam zam, air herba ini juga diberikan untuk berbuka puasa di masjidil haram ini.  sy tak tahu lah herba apa tapi sy tak berapa boleh masuk dengan tekak sy sebab rasa herba yang sangat kuat.





inilah waktu solat yang tertera di hotel penginapan saya di sini.  saya snap untuk memudahkan rujukan.

  
tak banyak sangat tempat yang kami kunjungi memandangkan banyak sangat tempat yang telah menjadi tempat larangan dikunjungi oleh kerajaan Arab Saudi.  jadi saya fokus kepada ibadah sahaja.

alhamdulillah saya dapat mengerjakan umrah sebanyak 4 kali di sini.  3 kali umrah yang disediakan dalam pakej Andalusia dan 1 kali lagi saya buat umrah nazar dengan menumpang jemaah group lain.  Sepanjang berada di masjidil haram saya membaca al quran, membuat tawaf sunat 7 pusingan dan mengerjakan solat taubah, sunat, tarawih dan lain2.  ketenangan memang dirasa di saat ini.  seolah-olah segala masalah yang membelenggu diri ini terlontar jauh-jauh. Syukur sangat.

ibadah dibuat sehingga lah hari terakhir, saya dan emak saya bergerak ke masjidil haram untuk membuat Tawaf Wada' seterusnya kembali ke hotel penginapan untuk bersahur dan membawa turun beg.  waktu ni saya rasa sayu sangat kerana berat hati untuk meninggalkan bumi barakah ini.  

Group jemaah kami  sampai ke tanah air KLIA 2, 3 hari sebelum Aidilfitri.  Di Airport Jeddah sempat saya bergambar bersama jemaah sekampung yang sama-sama dalam group umrah saya.







sebelum berpisah sempat saya bergambar dengan mutawwif kami iaitu ustaz Izzat Saleh yang penyabar melayan kerenah kami sepanjang berada di tanah suci Mekah dan Madinah.  

Syukur Alhamdulillah segaal urusan saya sekeluarga dipermudah sepanjang berada di sini.   Semoga saya diberikan rezeki lagi untuk mengerjakan  ibadah umrah dan insha allah dapat juga mengerjakan ibadah haji satu hari nanti.

sekian, catatan ibadah Umrah pertama saya bertarikh 31 May 2018 - 12 Jun 2018.  Wassalam



No comments: