Tuesday, 30 October 2018

Mendaki Gunung Api, Mulu Pinnacle, Mulu Sarawak

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

kali ini saya berkesempatan pula untuk mendaki Gunung Api di mana terletaknya Mulu Pinnacle yang dikatakan amat sukar didaki dan mempunyai Cut Of Time (COT) yang singkat.  Makanya segala persiapan fizikal dan mental diperlukan sebaik sahaja mendaftarkan nama dalam senarai pendaki.



persiapan terakhir sebelum ekspedisi keesokan harinya..  Beg biru untuk perjalanan ke camp 5 dan beg pink untuk kegunaan semasa cave tour dan ke summit attack.   saya dah siap asingkan semua barang2 termasuklah pakaian balik


Hari pertama

Saya menaiki penerbangan dari Kuching ke Mulu dengan menaiki pesawat MASwings.  Sebaik sampai di Airport Mulu, saya dan rakan2 disambut dengan guide hensem bernama William. ke semua barang2 diangkut ke hotel manakala kami terus dibawa menaiki van menuju ke Mulu Park HQ untuk pendaftaran.


muka-muka eksited di Mulu Airport


selepas pendaftaran kami akan diberikan tag yang berbentuk gelang.  wajib dipakai  hingga habis ekspedisi ye.  kalau hilang kena register baru utk dapatkannya semula.


this is my team... yeaaaaa


inilah team kami.  seramai 26 orang peserta Kelab Kembara Anak Sarawak yang menyertai trip ini. 
saya nak ke sini...


Maka bermulalah ekspedisi kami di bumi Mulu ini dengan satu tujuan utama.  Menawan puncak Mulu Pinnacle di Gunung Api, Mulu. 

selepas sesi pendaftaran dan bergambar, lebih kurang jam 2.30 petang kami di bawa melakukan aktiviti santai-santai  menjelajah gua.  Kami ke Deer Cave dan Lang cave yang melibatkan aktiviti trekking sejauh 3 km.  Sepanjang perjalanan guide kami  melayan pertanyaan dan memberikan penerangan berkenaan flora dan fauna yang ada di sepanjar laluan kami. 

saya sangat teruja menyaksikan keindahan dan suasana di dalam gua ini.  apa yang dirakam menggunakan kamera tak sama dengan dilihat menggunakan mata kepala sendiri.  

saya kongsikan sebahagian gambar yang menarik perharian mata saya sepanjang aktiviti menjelajah gua di sini.  perlu dingatkan untuk menjelajah gua di sini peserta perlu membawa headlamp (wajib).  keadaan dalam gua gelap.  kalau tak bawa ibarat meraba2 lah dalam kegelapan malam.  selain itu bawalah mask.  tapi kalau tahan dengan bau tahi kelawak tak mahu pakai mask pun boleh.




pemandangan di pintu masuk gua

sebahagian rupa bentuk di dalam gua ini.  bentuk2 seperti ini mengambil masa yang lama untuk terjadi.  hakisan, titisan air gua dan lain2 akan mempengaruhi kejadiannya



 



 

apa yang anda nampak di sini???




jam 6 petang kami bergerak menuju ke tempat melihat kelawar.  menjelang senja kelawar mula keluar dari gua dan bergerak dalam kumpulan yang banyak hingga dapat disaksikan dari jauh.  




bentuk alunan hitan yang dapat dilihat di sebaik sahaja kumpulan  kelawar ini keluar dari Deer Cave (bat Exodus). 



dalam 6.30 petang kami mula bergerak kembali ke Mulu Park HQ.  Masa ni hujan mulai turun dengan lebatnya.  maka 3 km ke Mulu Park HQ terasa amat panjang.  seterusnya kami menaiki shuttle bus menuju ke tempat penginapan.  kami menginap  di Marriot Resort. Tempat ini dipilih sebab dinner dan breakfast disediakan.  jadi tak perlulah kami kelam kabut mencari makan bila lapar. 





Hari kedua

selepas bersarapan di restauran  terus menaiki bot melalui sungai Melinau ke kawasan penempatan kaum Penan untuk melihat kraftangan mereka.  saya cuma melihat2 sahaja disebabkan saya akan terus mendaki selepas ini.


bot ini hanya boleh dinaiki seramai 6 orang sahaja.  bila duduk memang tak bergerak2 lagi dah.  

mesti pakai life jaket ye walaupun anda pandai berenang. 

sebahagian penempatan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan kami dengan menggunakan bot




bergambar dulu kat sini.

 






biasa orang tiup seruling guna mulut.  tapi kali ni sy terjumpa orang meniup seruling guna hidung pulak...



destinasi seterusnya adalah ke Wind Cave dan Clear Water Cave.  



 








 






Selepas aktiviti santai2 menjelajah,  kami makan tengahari dan seterusnya menaiki bot menuju ke Kuala Litut.  Sampai di kuala Litut mula mendaki sejauh 9 km ke Camp 5 (forest trekking).  Walaupun hanya trek landai dan santai sahaja, tapi disebabkan  menggalas beban lebih kurang 13 kg di bahu, perjalanan terasa lama dan meletihkan.


saya sampai di camp 5 lebih kurang jam 4 petang.  saya berehat, mandi sungai dan makan malam.  Pada sebelah malam selepas makan malam, taklimat keselamatan diberikan.  memandangkan kami ramai, guide mengingatkan kami supaya sentiasa berwaspada semasa dalam perndakian ke puncak pada keesokkan hari. Setelah itu saya berehat untuk mengembalikan tenaga kerana keesokkan hari cabaran sebenar akan menanti.

Next entry, saya akan kongsikan pula  Mulu Pinnacles summit attack

sekian, wassalam..


No comments: