Friday 12 October 2018

hiking di Gunung Semeru, MT Bromo dan jalan-jalan di Surabaya part 1

Assalamualaikum semua

trip hiking diteruskan lagi.  kali ni saya try pergi ke negara jiran pula iaitu untuk mendaki Puncak tertinggi di Kepulauan Jawa iaitu Gunung Semeru atau turut dikenali sebagai Gunung Mahameru yang mempunyai ketinggi 3676 mdpl.

Saya menaiki penerbangan waktu pagi dengan pesawat MAS dari KLIA menuju ke Juanda, Surabaya.  Sampai di sana kami disambut oleh gogo bertugas dan seterusnya menaiki bas menuju ke Kota Malang yang mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan.




bergambar kenangan di airport ni dulu..  masa ni masing2 tak kenal lagi.  hanya beberapa org shj yang saya kenal sebab sama kelab.  kami menaiki bas menuju ke tempat penginapan.  agak lewat sedikit kerana terpaksa menunggu seorang peserta yang datang lewat.  akibatnya kami sampai mlm di situ. 

inilah tempat dinner kami 

HARI KEDUA (Malang - Ranupani- Kem Kalimati)

keesokkan harinya kami menaiki jeep untuk ke Ranupani tempat bermulanya pendakian kami.  Sebelum tu kami bersarapan dengan hidangan nasi berlauk yang dibeli di stall berdapan tempat penginapan kami.






gambar dibawah ini  merupakan tempat persinggahan kami yang pertama.  sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan gunung gadang yang sangat cantik.




bergambar di signboard Balai Besar Taman National  Bromo Tengger Semeru di mana  para pendaki diwajibkan mendaftarkan diri sebelum memulakan pendakian.

untuk makluman, pendakian menuju ke puncak mengambil masa 3 hari 2 malam ini bermula dari Ranupani dan akan melalui beberapa checkpoint dan campsite.


setelah segala urusan permit, briefing dan lain-lain selesai, kami pun memulakan pendakian ke campsite pertama.

Dimulai di Pintu Taman Nasional Bromo Tengger Semeru kemudian melalui Desa Ranupani dan terus menuju ke Kem Kalimati.  Tempoh perjalanan adalah antara 6 hingga 8 jam bergantung kepada stamina dan pace para pendaki.  




apabila melalui kawasan Cemoro Kandang, banyak gerai2 yang menjual kuih muih dan buih tembikai di sini.

 


sebaik sahaja saya sampai di Tasik Ranu Kumbolo, terpegun sekejap saya menikmati panorama yang amat menakjubkan.  Hilang rasa penat seketika.  Terasa betapa kerdilnya diri ini melihat keindahan ciptaan Allah... Syukur alhamdulillah...



sebenarnya saya tak tahu ini pokok bunga apa.  tapi rupanya seakan  bunga lavender memang memukau pandangan mata.  Masing2 tidak melepaskan peluang berposing sakan disini.  




Selepas bergambar di sekitar tasik Ranu Kumbolo ini, kami perlu mendaki sebuah bukit kecil yang curam yang dikenali sebagai Bukit Tanjakan Cinta.


Selepas mendaki Bukit Tanjakan Cinta,  mata saya disajikan pula dengan pemandangn bukit yang terbentang luas di sini yang dinamakan ori-oro ombo.  Ianya dikelilingi dengan bukit dan gunung dengan pemandangan padang rumput luas dengan lereng bukit yang ditumbuhi dengan pohon pinus.











Sepanjang perjalanan di sini lautan bunga ungu seakan lavender memang banyak.  walaupun ianya sekadar bunga liar yang tumbuh sepanjang jalan, tapi bagi saya ia tetap anugerah ciptaan Allah yang amat menakjubkan.  gabungan bunga-bunga lain yang turut tumbuh di sepanjang perjalanan menyajikan pemandangan warna warna  alam yang sangat menakjubkan.  








Sebaik saya melepasi oro-oro ombo hujan mulai turun dan cuaca mulai gelap.  Jadinya saya berjalan laju aje dengan berpandukan headlamp.  bila sampai campsite Arcopo tu saya terus berehat dan tidur.  tak peduli sangat dengan yang lain sebab badan terlalu letih.  lagipun badan nak kena charge juga untuk cabaran pendakian ke puncak pula jam 2 pagi esoknya.


HARI KETIGA (Kem Kalimati - Puncak Semeru - Tasik Ranu Kumbolo)



Pagi-pagi lagi kami dah bangun.  kem ni memang tidak ada sebarang kemudahan.  memang sengsara jugalah saya nak buang hajat dan memberus gigi.  Saya terpaksa menggunakan air yang di bawa sendiri untuk kedua2 aktiviti tersebut.  Sejuk memang tak dapat nak diucap lah.  sepanjang tidur dalam khemah memang saya berbaju 2 lapis.  itupun masih terasa sejuknya.  Setelah briefing kami pun memulakan pendakian pada jam 2 pagi dengan berpandukan  headlamp.  disinilah bermulanya cabaran yang sebenarnya.

Laluan menuju ke puncak betul2 mencabar mental dan fizikal.  Struktur tanahnya yang berpasir, lembut dan banyak batuan yang bergolek menyebabkan masa yang diambil memang lama.   masa ni saya hampir give up apabila kaki melangkah memijak laluan berpasir tetapi bukan melangkah ke hadapan sebaliknya semakin mengundur ke belakang.  Puncak yang sudah nampak di depan mata tapi terasa jauh untuk digapai. ada ketika saya terpaksa merangkak semata-mata untuk menahan diri daripada berundur ke belakang.  Mujur saya menggunakan gaiter utk menahan pasir dari memasuki kasut. 

semakin hampir ke puncak bunyi letusan gunung berapi kedengaran selang 10 minit. disusuli asap yang dikeluarkan hasil letusan tadi.  masa ni semangat kembali membara.  dan buat sejarah juga sepanjang pendakian, saya tidur on trek lebih kurang 15 minit akibat terlalu penat melayan trek berpasir ini.  Memang sungguh mencabar.





dan akhirnya saya berjaya juga menjejakkan kaki ke puncaknya.  lega sungguh.  Pemandangan yang indah dengan disusuli letusan gunung berapi selang 10 minit menghilangkan keletihan mendaki.  Cuaca memang sangat cerah seolaholeh mengucapkan selamat datang kepada saya. 






setelah berehat, bergambar dan menikmati pemandangan letusan gunung berapi di puncak ini, perjalanan turun pun dimulakan.  pendapat peribadi saya perjalanan turun lebih mudah.  saya layan sahaja trek berpasir ini dan menggunakan tongkat untuk mengawal diri daripada terjatuh.




Di samping melayan trek, saya juga menikmati pemandangan sepanjang perjalanan turun.  maklumlah masa naik memang tak nampak apa2 sebab gelap.  bila turun terasa betapa nikmatnya anugerah pancaindera mata yang dikurniakan oleh Allah SWT.  trail sepanjagn turun memang mengasyikkan.  tambahan pula cuaca memang baik.  tangan saya tak berhenti2 menekan butang kamera di handphone.  

Di kem Kalimati saya menikmati makan tengahari dan meneruskan perjalanan turun menuju ke tasik Ranu Kumbolo untuk destinasi bermalam seterusnya.

 




bila sampai di jambangan ni dah tahu lah yang tasik Ranu Kumbolo semakin hampir.







sebaik sahaja sampai ke penghujung bukit Tanjakan Cinta, hati berbunga-bunga sebab dah nampak tapak khemah.  horeyyy.  jam menunjukkan pukul 3.30 petang.  saya terus bersihkan badan dan solat jamak zohor asar.  Antara sebab saya turun cepat dari kem Kalimati sebab nak mandi di sini sebab kat sini ada tandas walaupun berbayar.  masa ni rakan sekhemah saya belum sampai lagi. akibat keletihan sebaik sahaja solat jamak maghrib Isyak,  saya terus berehat di dalam khemah.  letak kepala terus lena.





HARI KEEMPAT (TASIK RANU KUMBOLO - RANUPANI)

Disebabkan saya tidur awal, pagi-pagi lagi saya dah terbangun.  Pada masa ni cuaca amat sejuk.  mengigil rasa badan.  tapi bila buka pintu khemah, terpukau sekejap menyaksikan pemandangan di sekitar Tasik Ranu Kumbolo ini.  kabus tebal meliputi tasik ini.  walaupun sejuk, saya gagahkan juga untuk keluar menikmati panorama yang amat sukar dijumpai di tempat lain.  Rugi wei... rakan sekhemah saya masing2 tak mahu keluar sebab sejuk. 








bila cuaca dah cerah sikit barulah dapat bergambar sama dengan kawan sekhemah...





masa ni matahari dah mula memunculkan diri.  panas dah.  kami bersiap2 untuk perjalanan turun ke Ranupani pula



air tasik yang jernih ini tetap menarik minat mata saya.  snap lagi sekali sebelum balik...






Saay rasa entri mendaki gunung Semeru ni dah panjang sangat.  jadi saya stop dulu dan akan disambung dalam part 2 pula.  entah bila lah pula entry nya nak keluar.  tunggu...........

sekian, wassalam

untuk melihat video bolehlah klik ke link ini mendaki Gunung Semeru

No comments: