Gunung Santubong yang terkenal dengan lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang sebenarnya mempunyai banyak laluan. dari info sebenarnya ada 7 laluan untuk ke puncak. laluan yang paling popular adalah melalui Bukit Puteri dan park HQ yang menuju ke Puncak Satu.
Kali ini saya berpeluang untuk mendaki Puncak Santubong 4.5 melalui Damai. Untuk ke trek permulaan, pendaki perlu melaporkan diri di pintu masuk Kem Permai dan membayar RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Laluan ke Puncak 4.5 ini sebenarnya tak ramai yang tahu memandangkan ia jarang didaki. kalau tanya pekerja di kaunter pendaftaran pun mereka tak tahu. Trip kali ini melibatkan seramai 12 orang sahaja. Salah seorang daripadanya adalah yang pernah menjejakkan kaki ke puncak ini. dia cakap dengan saya trek senang sahaja. sekali hadap.... berhuhu lah jwbnya.
Disebabkan laluan ini jarang didaki, perjalanan ke puncak agak sukar. Ini kerana walaupun ada tanda pada pokok, sesekali kami perlu berhenti seketika untuk mengenalpasti laluan apabila tanda pada pokok tidak dapat dikesan. Selain itu laluan ke puncak curam sepanjang perjalanan. Ini menyebabkan beberapa kali saya terpaksa berhenti menghilangkan lelah.
seperti biasa, teman hiking kecil saya akan turut serta.
Azim memang pantang dengar mamanya nak hiking atau running, memang dia akan bangun awal2 takut kena tinggal. Disebabkan kami tak ramai dan kebanyakannya memang Azim dah kenal, kali ni dia pasang enjin gear turbo pulak. Jauh juga saya kena tinggal sebab dia ikut kawan sy di depan yang sama pace dengan dia. Sabo ajelah. Biasanya kalau hiking berdua dengan saya dia akan tunggu saya sebab kalau dia jauh sangat di depan saya akan panggil dia.
pemandangan dari Puncak 4.5 pada ketinggian 550 m asl. cucaca pada sebelah kiri tu nampak gelap nak hujan |
salah seorang ahli dapt kawan baru. Mr P namanya... gemok betul dia |
antara pohon-pohon yang tumbuh dipuncak ini |
tak banyak pokok di atas ini. ini antara pokok yang ada yang dapat digunakan untuk berteduh dari kepanasan sang suria |
Azim tolong ambilkan gambar group kami |
kami duduk menikmati pemandangan kat batu besar ni. View dari puncak ini mengadap ke laut yang membiru.. |
Sebaik sahaja turun ramai yang tidak melepaskan peluang mandi di sini untuk menyegarkan badan.
air yang jernih dan sejuk ini memanggil2 saya. tapi mengenangkan saya tak bawa baju dalam beg (baju ada dlm kereta) saya hanya celupkan kaki ajelah. |
Reward diri dengan ABC yang sedap ini di Damai Central.
ini yang saya order. ABC Special |
ini yang Azim order. ABC ais krim. |
sekian entri hiking saya untuk kali ini. jumpa lagi
Wassalam
1 comment:
Hello mate niice blog
Post a Comment