Friday 14 December 2018

Anak lelaki saya dah bujang

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

diam tak diam anak lelaki saya dah berumur 11 tahun.  perancangan memang tahun ni nak khatankan dia bersekali dengan sepupunya dan buat kenduri kesyukuran sekali.  perancangan awal nak khatankan mereka berdua pada 24/11 tapi sebab lambat booking, tarikh tu dah penuh pula. soterpaksalah diawalkan seminggu oaotu 17/11/18.  ponteng lah mereka berdua  seminggu awal sebelum cuti sekolah. 

 

muka masih ada senyum walaupun dah selesai...


mula2 try guna tali ikat pada kain tapi sekejap aje dah tertanggal sebab tali tu lama2  melurut.



sudahnya guna bakul aje yang diletakkan pada sebelah dalam kain.  ha kreatif kan.  dah penggunaan bakul ini anat praktikal memandangkan ramai sgt sepupu sepapat yang masih kecil bermain2 di situ sebab rumah tak jauh pun antara satu sama lain.  selama seminggu tu saya jagalah makan minum diorang kat rumah emak saya tu.  saya pun ikut berpantang juga lah sebab nak senang memasak dan kesian pulak kat bebudak 2 org tu kalau masak yang diorg tak boleh makan.

sepertimana yang dijanjikan 25/11/18 majlis kesyukuran pun dibuat.  sekali juga dengan majlis cukur jambul adik saya.  kiranay majlis ini 3 dalam 1 lah. 2 org berkhatan, 1 org cukur jambul.



adik sy tengah tekun membelah buah kelapa muda untuk digunakan semasa majlis cukur jambul.

 




marhaban dibuat di dalam rumah manakala makanan dihidangkan secara bufet dihalaman rumah


syukur alhamdulillah, walaupun perancangan asal menu makan hanya 3 jenis lauk, buah dan agar-agar sahaja tapi sumbangan makanan daripada adik beradik, sahabat andai dan jiran terdekat menjadikan majlis kesukuran ini mempunyai pelbagai menu lauk pauk, kuih muih dan bermacam2 lagi.  memang meriah sungguh.



saya ingatkan bila dah berkhatan, perangai penakutnya hilang. tapi setakat ini masih lagi sifat manja dan penakutnya masih ada. sabo ajelah.

sekian entry sy kali ini. wassalam


No comments: