Monday 31 December 2018

mendaki Bukit Broga di Semenyih Selangor

assalamualaikum semua

cuti hujung tahun biasanya musim tengkujuh.  tak digalakkan sangat membuat aktiviti hiking.  tapi memandangkan  saya jenis suka masuk hutan, rasa keinginan tu memang tak dapat cerita lah.. sebenarnya banyak kali dah plan nak hiking ke Bukit Broga pada waktu peang tapi selalunya waktu petang hujan.  jadi terpaksalah dibatalkan kemahuan tu.  Akhirnya sy decided nak try hiking waktu pagi pulak.  sebelum tu sy ada try bw anak buah saya mendaki Bukit Botak di Puncak Alam.  Ingatkan diaorang serik.  tapi rupanya seronok pula.  bila tahu sy nak hiking Bukit Broga, pagi2 lagi dia orang dah terpacak depan pintu nak ikut.  Risau juga saya sebab kali ni pergi solo aje dan keadaan trek pun saya tak tahu. mujur lah seorg aje anak buah yang ikut.  yang seorang lagi masih lena (sebenarnya emak diorang tak bagi sebab dia kecil sgt baru 7 tahun).  Wani dan Azim saya tak risau sebab dia orang dah biasa sy bw hiking.

kami sampai di starting point jam 6 pagi.  kat situ ada kemudahan untuk solat dan tandas.  ruang solat percuma aje, tapi kalau nak guna tandas kena byr RM1.  parking kereta dicharge RM1 seorang.

dapat merasa keindahan pemandangan awan carpet yang cantik


inilah 3 orang prebet saya kali ini.  yang tudung coklat tu lah anak buah saya
 sedkit perkongsiaan pengalaman saya yang pertama kali mendaki Bukit Broga ini.  Bukit Broga ini terletak di Semenyih, Negeri Sembilan.  Laluan trailnya jelas.  Bayaran yang dikenakan adalah:

  • parking kereta : RM1 seorang (kalau ada 4 orang dalam kereta tu akan dicharge RM4)
  • bayaran masuk : RM1 seorang.  ada pondok selepas pintu gerbang tu.  ada orang jaga di situ.  Tapi sebenarnya ada 2 laluan.  kalau lalu sebelah kiri akan ada bayaran dan kalau lalu sebelah kanan tiada bayaran.  laluan sebelah kiri tu sebab melalui kebun orang dan pemiliknya mengenakan bayaran masuk.  itulah info yang saya dapat.


Untuk yang pertama kali mendaki,  anda akan tertipu sebanyak 3 kali.  Untuk makluman puncak Bukit Broga ini ada 3 sebenarnya.  macam menguji mental juga terutama bagi pendaki baru. 
puncak pertama



puncak ke dua

di puncak ke 3

bukti kami semua berjaya sampai ke Puncak..

kat puncak Bukit Broga ini juga terdapat papan tanda ke Gunung Tok Wan.
disebabkan ini kali pertama saya mendaki Bukit Broga, saya tak adalah merancang untuk ke Gunung Tokwan.  Lagupun sy membawa anak buah saya yang baru nak kenal dunia hiking.  Insha  Allah next time saya akan try hiking ke gunung Tokwan pula

berehat sebentar


saya suka betul view ni

bagi saya trek ni boleh tahan juga mencabar

bergambar sebelum balik
sekian perkongsian hiking saya kali ini.

Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

Nurul iPhone Enthusiast said...

wah...terbaik...padu