assalamualaikum semua
dah namanya musim cuti sekolah jadinya kita bercuti-cuti lah juga ye... kali ni saya kongsikan pengalaman makan angin ke Penang pulak Lama juga saya tak ke sini sebenarnya. tak banyak sangat tempat yang kami pergi sebab pulus dah banyak habis semasa percutian di Hatyai Songkhla yang lepas. So kali ni berjalan sambil berjimatlah. cuma pergi ke tempat-tempat yang free dan murah kecuali Bukit Bendera..
|
pemandangkan jambatan pulau pinang. Sy drive so anak sy yang tolong snap gambar ni. |
sebaik sampai kami terus menuju ke Bukit Bendera. Perancangan awalnya nak naik train ke situ. Tapi memandangkan terlalu ramai orang, malas nak menunggu, saya batalkan hasrat dan terus bergerak ke hotel penginapan dulu.
|
tempat pertama sebaik sahaja jejak kaki di Penang |
|
ramai betul orang waktu ni. |
kami menginap di hotel sekitar Pantai Batu Feringgi. niat di hati nak mandi pantai pada sebelah petang. tapi malangnya cuaca tidak mengizinkan. jadinya kami bersantai-santai sahajalah di tepi pantai sambil menjamu selera.
|
pemandangan di tepi Pantai Batu Feringgi |
|
cendol tepi pantai |
|
senarai menu yang ada |
|
cuci mata dan menghayati keindahan tepi laut |
|
selfie dulu sementara menunggu hidangan sampai |
|
tak mandi pun. ambil angin aje. masa ni hujan baru reda |
kami mengambil keputusan untuk pergi ke Bukit bendera pada sebelah malam untuk menghayati keindahan waktu malam pula.
|
clear. tak ada orang beratur. sekejap aje dpt tiket |
|
kat belakang tu lah train |
|
menikmati pemandangan malam dari puncak Bukit Bendera |
gambar di bawah ini pula tempat kegemaran saya dan anak2 bergambar. tempat yang sama tapi disebabkan warna lampu yang bertukar2, jadi bermacam2 lah aksinya. sebenarnya tempat ni adalah deck yang ada tidak jauh daripada train.
|
ada juga disediakan tempat untuk mereka yang nak menyumbang mangga kat sini. |
|
besar betul bunga raya ni. sama besar dengan tapak tangan saya yang lebar tu. |
tak lama sangat pun kami kat atas ni. mungkin sebab masih keletihan lagi. jadi mood nak berjalan-jalan tu dah berkurangan. lagipun banyak tempat yang dah ditutup di atas ni pada sebelah malam. jadi suasana tu kurang meriah.
masa naik train balik ni kami dapat gerabak yang paling depan sekali. so dapatlah tengok perjalanan train tu. tapi sebab malam, tak nampak sangatlah.
|
landasan train dari hadapan. ini gambar paling jelas yang dapat di snap |
|
selesailah satu destinasi.. |
selesai menikmati pemandangan waktu malam di bukit bendera kami balik hotel dan terlena.
Hari kedua
Hari kedua ni kami bersarapan di gerai sekitar Pantai Batu Feringgi. bagi saya harga makanan di sini agak mahal. Selepas bersarapan, kami terus check out dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu street art.
|
comel kereta pink dengan gambar kartun chin chan |
disebabkan kali pertama ke situ. agak lama jugalah kami berlegar-legar mencari. sampaikan naik give up juga. rupanay saya tersalah arah. sepatutnya ke kanan tapi kami ke kiri. sabo ajelah.
Akhirnya gambar di bawah ajelah yang dapat kami temui memandangkan hari dah mulai petang dan saya sekeluarga merancang untuk terus bergerak balik.
kami makan tengahari dan berehat sebentar di sekitar sini juga.
|
tak masuk pun dalam ni. |
|
rojak |
|
mee udang |
|
jom lah kita balik |
sekian entry makan angin dalam negara kali ini....
wassalam
No comments:
Post a Comment