Wednesday 9 January 2019

karya terbaru RAM

Assalamualaikum semua

Inilah lah koleksi terbaru saya untuk tahun 2019 ni.  dibeli secara online di RAMstore.    Kelebihan membeli secara online di sini akan ada free gift.  kali ni saya dapat fridge magnet RSM, kad yang bertandatangan RAM di samping penanda buku.

Novel Kasyaf Ain ini merupakan terbitan pertama  RAM typewriter dan setakat ini belum lagi saya temui di pasaran.  Saya juga menanti kemunculan Novel Anding Ayangan 2 yang dalam proses lagi yang turut dibeli online di RAMstore.



Atas faktor kekangan masa tahun lepas tak banyak novel yang saya beli.  kebanyakan buku yang saya beli tahun lepas untuk anak-anak sahaja sama ada buku latihan ataupun bahan bacaan untuk mereka.  Setakat ni ada juga novel dalam simpanan yang telah dibeli tahun lepas yang masih belum dibaca lagi.  semoga tahun ini saya lebih rajin membaca.

sekian, wassalam

No comments: