Rasanya agak lama juga saya tak kongsikan aktiviti membaking gara-gara terlalu aktif dengan aktiviti outdoor di hujung minggu menyebabkan saya jarang menyediakan hidangan special untuk ketiga-tiga buah hati saya.
tapi bila terlalu aktif pun tak bagus juga sebenarnya. nak dijadikan cerita kebelakangan ini saya mengalami sakit lutut. jadinya aktiviti terpaksa dikurangkan.
tapi disebabkan saya dah biasa aktif setiap hujung minggu, kebosanan melandalah kalau disuruh duduk dirumah sahaja. maka mulalah ting.... keluarlah idea untuk membaking pulak.
saya kongsikan resepinya ye untuk yang teringin nak cuba
kek pisang ngences
kek pisang ngences |
bahan-bahan
1 cawan pisang (dilenyekkan)
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak masak
4 biji telur gred B
* blend semua bahan selama 5 minit
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
*diayak
cara-caranya
- masukkan adunan blend ke dalam mangkuk adunan.
- masukkan tepung sedikit demi sedikit. kaup balikkan dengan menggunakan senduk hingga sebati.
- tuangkan kedalam loyang dan hias dengan hirisan pisang. (yang ini ikut suka. boleh rujuk nota dibawah)
- bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah (yang ini tengok oven masing-masing ye)
nota:
- kalau nak rasa coklat tambahkan 2 sudu besar serbuk coklat
- kalau nak rasa cheese, parutkan cheese ke dalam adunan
- kalau nak taburkan choklat chip sebagai hiasan pun boleh
untuk kek pisang saya kali ini saya tambah dengan 2 sudu besar serbuk coklat.
ini rupa dah masuk loyang dan dihias dengan hirisan pisang. |
sebaik masuk oven |
rupanya kek lepas dah masak |
inilah rupanya bila dikeluarkan dari oven |
terbalikkan atas redai. saya potong dua sebab tinggi sangat gunungnya.. |
Saya namakan kek pisang ngences sebab special perkataan ngences tu. Ngences dalam bahasa jawa bermakna terliur atau satu keadaan air liur keluar akibat teringin atau ternampak makanan yang sedap pada pandangan matanya atau baunya...
siap untuk dinikmati... |
selamat mencuba.
Sekian, Wassalam
No comments:
Post a Comment