assalamualaikum semua
memandangkan dah masuk tahun 2019 saya upkan lah aktiviti hiking penutup bagi tahun 2018 yang lepas buat kenangan di kemudian hari...
lokasinya terletak di Telok Melano yang jaraknya 120 km dari bandaraya kuching. Memandangkan saya tinggal berdua sahaja dengan Azim, jadinya kami berdua beranak ajelah bergerak sesudah subuh menuju ke destinasi. perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam jaraknya dalam 120-130 km.
Jenis trail yang dilalui adalah trail hutan tepi pantai yang santai dan view yang menarik tapi perlu berhati-hati kerana banyak batu-batu tajam. kami di sajikan dengan pemandangan tepi pantai yang sangat cantik. saya suka sangat.
|
papan tanda Telok Melano |
|
jeti menghala ke pantai |
|
briefing dan sesi warming up |
|
swafoto sbelum mula hiking |
|
trekking di tepi pantai |
|
trekking dalam hutan |
|
pusat infomasi. yang dalam gambar ni tulang |
|
bergambar dulu sebelum bergerak balik |
di sini juga ada pusat pemuliharaan penyu. tapi waktu ni saya tak nampak ada telur penyu. mungkin belum musimnya lagi.
|
pondok kecil tempat kami berteduh sebentar sementara menunggu hujan reda. |
|
keindahan tepi pantai yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata |
batu-batu yang tajam dan merbahaya di sepanjang laluan balik sebab kami nak menggunakan laluan short cut. short cut sangatlah sampai calar balar dibuatnya. tapi view memang menakjubkan.
|
layan.... |
|
muka happy sebab dah berehat |
|
berehat sambil minum air aje |
memandangkan dah petang dan kalau nak balik akan ambil masa 2 jam perjalanan, saya mengambil keputusan untuk menginap sahaja di sini. memang dah standby pun. Saya menginap di homestay di sekitar ini dengan bayaran RM120 semalan untuk sebilik.
saya kongsikan homestay yang saya duduk. kalau nak sewa sebuah rumah bayarannya adalah RM400 semalan dengan 4 buah bilik.
|
ruang tamu yang dilengkapi dengan TV. saya tak tengok pun tv sebab dah keletihan. |
|
ruang tamu ke 2. ada sofa sahaja |
|
ruang dapur dan ruang makan yang luas |
|
bilik tidur 1 |
|
bilik tidur 2 |
|
bilik tidur 3 |
lepas check in kami dua beranak terus bersihkan diri dan berehat sahaja sepanjang malam. trip hiking yang meletihkan tetapi menyeronokkan dengan view yang sangat cantik yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
|
pemandangan di waktu pagi |
|
azim dah mula leka main pasir |
|
entah perkataan apa yang ditulis mama dia pun tak tahu. |
dalam jam 10 pagi kami check out. Saya singgah di tepi jalan untuk membeli durian di sekitar Lundu. harganya boleh dikatakan murah. saya membeli 8 biji durian sederhana besar dengan harga 30 ringgit sahaja.
saya memilih laluan jalan Sampadi yang mana perlu menyeberang sungai dengan menggunakan feri yang berharga RM1 sehala.
|
cuaca mendung sahaja waktu ni. |
|
durian in the house |
|
hero saya dengan tabahnya mengopek durian. dia memang 'hantu' durian |
sekian entry hiking saya kali ini Wassalam
No comments:
Post a Comment