biasanya hujung minggu ada aje gunung yang saya nak daki. Mungkin sebab terlalu aktif menyebabkan lutut saya mulai membengkak. so atas nasihat kwn2 sy berehatlah dulu. tapi sebab dah memang biasa akatif tak reti duk diam, mula lah idea mendeko pula muncul dalam kepala.
sebenarnya dah lama saya berhajat untuk menukar warna kabnet dapur saya. tapi belum sampai seru lagi. begitu juga bilik air Azim aka bilik air tetamu. cuma ideanya tak muncul lagi.
hasil cuti hiking maka terhasillah refomasi ini
gambar sebelum
bilik air ni berwarna putih coklat. malangnya ada sekeping tile tertanggal dan tak jumpa pun corak yang sesuai. sedih wei...
Inilah rupa kabinet hitam oren saya yang penuh dengan nostalgia silam... saya nak tukar sangat warnanya sebab warna kabinet ini bukanlah pilihan hati saya. Tapi iya lah bukannya murah kalau nak tukar dan mengambil masa yang lama juga prosesnya. tak sanggup saya nak bermain dengan debu-debu dan habuk.
gambar selepas
Tada.........................
tiles yang cacat tu saya tutup dengan 3D wallpaper. terus berubah suasana bilik air tu.
dengan menggunakan wallpaper kalis air (beli kat MR DIY aje) terus berubah warna kabinet saya. happy sangat. tapi malangnya roller blind saya pada bahagian bwhnya dah mula hitam sebab masa memasak saya akan gulung keatas. jadi segala asap dan wap akan kena sedikit pada hujung blind tu lah... ada juga saya cuba cuti tapi setakat ni masih belum jadi lagi. Anak-anak saya pun suka tengok perubahan pada kabinet tu.
sekian perkongsian deko-deko saya.
Wassalam
No comments:
Post a Comment