Tuesday, 18 December 2018

mendaki Bukit Botak Puncak Alam Selangor

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

semenjak saya aktif semula hiking ni, rakan-rakan saya semakin bertambah.  betullah dengan hiking kita akan dapat ramai kawan.  kalau sebelum ini kawan-kawan saya hanya tertumpu kepada rakan sepejabat, rakan sekolah dan rakan seuniversiti.  tapi sejak aktif ni bermacam-macam profesion pun ada. 

kali ini saya berkesempatan untuk mendaki Bukit Botak yang terletak di Puncak Alam Selangor.  Hasil perkenalan semasa mendaki Gunung Santubong, rakan hiking sy Masha (berniqab) telah membantu saya dengan menunjukkan lokasi Bukit Botak yang sememangnya sukar untuk dijumpai sebab tak ada sebarang papan tanda di situ.

Pendakian kali ini turut disertai oleh 2 orang anak buah saya disamping Azim dan Wani.  Turut serta juga adalah 2 org sahabat hiking Masha dan anak masha yang berumur 9 tahun.


pendapat saya trek ini santai dan sesuai untuk mereka yang ingin hiking bersama anak-anak.  peringkat awal akan melalui ladang kelapa sawit sebelum menyusuri denai hutan sebelum sampai ke laluan berbatu yang terkenal dengan view yang cantik.  sebenarnya hp saya tertinggal.. jadinya tak banyak lah gambar yang ada memandangkan saya menumpang ehsan hp org lain.  berhuhulah... tak apa.  Insha Allah  next time kita repeat lagi..


 

bila membawa kanak-kanak memang bermacam-macam ragam dan aksi lah mereka.  siap panjat pokok lah nak bergambar.


 

 

 
boleh tahan juga laluan berbatu ni.


 

Patutlah dinamakan Bukit Botak.  kat puncaknya gondol tak ada sebarang pokok.  kalau tengah hari memang panas terik lah.

sekian, entry hiking saya kali ini.  Wassalam

No comments: