Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Entry kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya melancong ke Hat Yai dan Songkhla Thailand. Perbezaan percutian kali ini sebab saya sekeluarga memilih untuk menaiki keretapi klasik dari Padang Besar ke Hat Yai dan menggunakan pengangkutan awam sepanjang berada di sana. untuk makluman keretapi klasik ini hanya beroperasi 2 kali sehari iaitu jam 9.45 pagi dan jam 3.55 petang sahaja. Selain daripada keretapi pengangkutan alternatif lain untuk ke Hat Yai adalah mini van dan bas.
HARI PERTAMA (JUMAAT)
(Padang Besar - Hat Yai)
jam 8.45 pagi kami dah sampai ke stesen Padang Besar. lepas parking kereta kami terus bergerak untuk membeli tiket. Memandangkan waktu ini cuti sekolah, waktu kami sampai dah ramai yang sedang beratur untuk membeli tiket. kaunter akan dibuka jam 9 pagi. harga tiket train adalah 50 Baht atau RM7 seorang. disebabkan saya kalut tak sempat tukar duit saya bayar dengan RM lah. kos tiket untuk 5 orang adalah RM35 sahaja.
|
beratur di platform 2 ye. jangan silap platform pulak |
|
tengok belakang tu, ramai betul orang yang nak naik train pagi2 ni... |
|
inilah rupa tiket train Padang Besar - Hat Yai |
selepas membeli tiket, terus beratur melalui imigresen. waktu ini kita perlu isi borang imigresen yang boleh diperolehi di situ. Selesai proses imigresen (cop passport di Malaysia dan Thailand) kami dengan eksitednya menaiki train tu.. teruja sangat.
di sini juga saya membeli sim kad dengan nilai 200 Baht. Wajib ada sebab saya backpaker aje dan akan mengaktifkan GPS untuk bergerak nanti.
|
inilah rupa train klasik tu ye. |
|
|
sambil duduk kita bergambar lah. rezeki saya dapat naik train klasik yang tingkapnya boleh di buka dari atas ke bawah. Nampak tak kipas pada bahagian atas train ni.. hihihi memang nostalgia betul lah.
|
|
Perjalanan dari Stesen Padang Besar ke Stesen Hat Yai mengambil masa selama 55 minit. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan perbagai pemandangan rupa bumi dari ladang2, rumah2 kediaman dan hutan yang menghijau. walaupun tiada air cond tapi kami rasa selesa kerana tingkap train ini terbuka dengan luasnya. hati2 lah kepada yang pakai tudung tak berpin. takut terbang keluar pulak...
|
Muka ceria sebaik sahaja sampai ke stesen keretapi Hat Yai |
kami menginap di Silla House yang terletak 1 km dari stesen keretapi Hat Yai. disebabkan jarak yang dekat kami berjalan kaki sahaja berpandukan GPS yang diaktifkan menggunakan HP.
|
tempat letak towel ni unik sebab menggunakan bakul rotan yang digantung |
gambar dalam bilik penginapan saya lupa nak ambil. tapi bilik ni kecil sahaja ada katil single dua tingkat. dan ada ruang sikit cukup2 untuk solat manakala tandas dan bilik mandi terletak di bahagian belakang setiap level. sebab kami berlima, saya menyewa 2 bilik. Kos untuk 2 bilik untuk 2 malam adalah 2000 baht. (murah kan).
Flooting Market kali pertama
Setelah selesai urusan penginapan dan solat jamak zohor asar, dstinasi kami yang pertama adalah Floating Market. kami menaiki tuk tuk dengan nilai 200 baht untuk 5 org.
|
baju berkait untuk baby ni cantik. tak ingat pula harganya |
|
pemandangan pasar terapung ni dari atas jambatan |
|
ais krim kelapa dalam pasu 40 baht |
dengan nilai 20 baht, kami dapat menikmati air yang diletakkan didalam buluh berserta straw buluh yang dihias dengan bunga orkid. jenis air yang boleh dipilih adalah air kelapa, laici, green tea dan sebagainya.
|
pulut mangga yang sedap berharga 60 baht |
|
meriah kan? |
|
satu lagi keunikan minuman daripada buah kelapa ni
|
Lee Garden Night Market
daripada floating market, kami terus bergerak ke Lee Garden night market dengan menaiki tuk tuk dengan nilai 200 baht untuk 5 orang lagi.
|
udang besar ni sepinggan 500 baht |
|
tom yum sea food berharga 100 baht semangkuk |
|
sup sarang burung berharga 100 baht semangkuk |
|
ABC kelapa ni harganya 80 baht |
|
suasana malam di Lee Garden |
selesai makan malam dan cuci mata kami berjalan kaki sahaja balik ke bilik penginapan untuk berehat untuk perjalanan keesokan hari pula
bersambung...
No comments:
Post a Comment