assalamualaikum semua
begini keadan semasa kolan hiasan di depan rumah saya. airnya warna hijau sebab kolam ni tak ada penapis. masih dalam perancangan untuk pasang penapis kat kolam ini. ini pokok bunga water lili yang baru saya beli. nampak subur dan bunga pun berkembang tak berhenti.
ikan yang ada dalam kolam ni tinggal 5 ekor aje. yang lain tak tahu lah ke mana. mungkin juga kena makan dengan biawak sebab ada nampak kelibat biawak dalam kolam ni minggu lepas. sepatutnya ikan yang ada dalam kolam ni ada 10 ekor. termasuk seekor ikan bandaraya yang memang jarang nak nampak kecuali masa bersihkan kolam.
kolam ikan ni memang sedia ada sewaktu rumah ini dibeli. tapi owner lama bina kolam ni tanpa ada sistem penapisan yang sempurna. jadi kolam ni bewarna hijau dan tidak ada air yang mengalir langsung. perancangan akan datang nak buat sistem penapisan. tapi masih dalam proses kajian dan dapatkan budget.
sekain, wassalam
No comments:
Post a Comment