Assalamualaikum semua
bila sebut pasal cuti aje memang ramai yang teruja dan seronok. amat jarang sekali dapat cuti berganda sampai 5 hari berturut2. Tapi tahun 2017 buat sejarah apabila cuti berganda ini datang. 31 Ogos Hari kebangsaan, 1 Sept cuti Aidiladha, 2 dan 3 sept weekend (memang cuti mingguan) dan tambah lagi 4 Sept sebab Malaysia jadi Juara Sukan Sea 2017.
Tapi, tapi kan keterujaan itu berkurangan sebab 2 orang anak saya akan mengharungi peperiksaan penting iaitu UPSR bermula pada 11 September 2017 dan PT3 bermula pada 9 Oktober 2017. oleh itu saya terpaksa kurangkan aktiviti untuk mereka supaya mereka dapat memberikan fokus kepada pelajaran.
hari pertama cuti saya join fitness training. sebenarnya dah sebulan saya join yang mana aktivitinya dibuat selepas office hour di tempat kerja saya. tapi memandangkan cuti, coach kami nak buat di luar kawasan pej untuk memudahkan ahli2 berkumpul. 2 kumpulan digabungkan untuk aktiviti ini. selama 1 jam kami di sini.
bila dah selesai, masing2 kelaparan dan destinasi kami adalah restoran mee Brunei yang terletak di Satok. sesekali dapat makan beramai2 rasa seronok sangat.
inilah rupa mee Brunei nya.. saya makan yang versi special. nampak penuh dengan tulang yang besar2. harga semangkuk mee ini adalah RM9.
disebabkan dan berjanji dengan anak2, selepas breakfast kami terus menuju ke The Spring untuk membeli tiket. bila dah sampai saya terus masuk kesurau untuk membersihkan diri dan menukar pakaian lain... nasib baik datang awal, jadi tak perlu beratur panjang untuk mendapatkan tiket. memang rezeki kami sebab tak perlu menunggu lama kerana waktu tayangan lebih kurang 30 minit sahaja.
sambil menunggu tu makan lah pop corn yang di beli disini. makanan luar tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam ye...
bergambar dulu kat posternya.. gambar gelap sikit sebab saya terlupa nak on flash.. lepas habis kami singgah ke MPH sekejap untuk cari buku. sempat juga saya sambar sebuah buku ni. yang lain2 buku anak2.
sekain, wassalam.
No comments:
Post a Comment