assalamualaikum semua
entry kali ini saya nak berkongsi resepi potato bun yang lembut
bahan2 bun
600 gm tepung high protein
120 gm ubi kentang direbus dan dilenyek
1 1/2 sudu besar susu tepung
250 ml air ais
60 gm butter
11 gm yis
s sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
cara membuatnya
- masukkan semua bahan dalam bekas adunan. uli dengan menggunakan mixer/ tangan hingga menjadi doh. uli selama 8 - 10 minit.
- tutup doh dengan tuala lembab dan biarkan selama 40 minit atau doh naik 2 kali ganda
- kemudian tumbuk2 doh untuk mengeluarkan anginnya
- bentukkan menjadi bulat dan susun dalam tray yang disapu dgn butter
- biarkan doh mengembah lagi sehingga 2 kali ganda atau 40 minit.
- bila dah kembang, sapkan dengan telur yang dipukul pd bahagian atasnya. paipkan adunan kastad ikut corak yang disukai
- panaskan oven selama 5 minit dahulu. bakar doh selama 20 minit pada suhu 170 darjah celsius.
- lepas dikeluarkan dari oven, sapukan dengan butter untuk mendapatkan hasil roti yang lebih berkilat.
sos kastard
bahan2
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu kecil butter
1/2 sudu kecil esen vanila
cara membuatnya
- satukan susu cair, tepung dan gula dalam periuk. kacau sebati baru buka api.
- kacau sentiasa hingga pekat dan matikan api. masukkan mentega dan esen vanila.
- biarkan sejuk sebelum dimasukkan dalam piping beg.
saya kongsikan gambar yang sempat saya snap semasa penyediaan roti ini.
ini gambar semasa penyediaan sos kastard. saya buat sos kastard ini semasa nak tunggu doh mengembang kali pertama. tapi kalau nak buat awal pun boleh juga sebab kita nak kena tunggu sos ini sejuk dulu baru boleh masukkan dalam piping beg.
doh ini lembut sangat. saya susun dalam tray yang ada di rumah. ada yang segi empat dan bulat. ikut dan ajelah.
walaupun rupanya tak cantik sangat tapi yang penting rasanya. lembut aje bun ini terjadi. puas hati sangat sebab pertama kali mencuba dah menjadi dengan sempurna. tapi saya rasa masa nak letakkan air sejuk tu kena pandai2 agak. mungkin perlu dikurangkan atau dilebihkan airnya. masa menguli tu dah boleh tahu. tapi sebab saya uli guna mixer tu yang curah aje air terus dalam adunan. tak apa lah, belajar dari kesilapan.
yang ini pulak tak nampak bentuk sebab dah mengembang betul. tak kisahlah ye..
yang ini versi topping sos kastard dan cheese. rupanya bila letak cheese lagi sedap. yang ini memang kena ngap dulu dengan anak2.. lepas ni kalau nak meroti lagi saya akan buat topping sos kastard dengan cheese lah. macam saya dah bagitau sebelum ini, saya guna aje tray yang ada kat rumah. jadi macam2 saiz lah..
sementara tu, baki ubi kentang yang saya rebus tu saya hasilkan mashed potato untuk makan malam..
sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment