Thursday, 14 September 2017

Resepi Paru sambal berlada

assalamualaikum semua

hari ni saya nak kongsikan resepi masakan paru sambal berlada cara saya.

bahan rebus
700 gm paru
2 hiris halia
1 batang serai - diketuk
sedikit garam

bahan dikisar
9-10 tangkai cili kering/ cili padi.  saya campur 2 jenis cili ini
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia

bahan2 lain
1 batang serai - diketuk
2 sudu besar gula @ secukupnya
1 keping asam keping

cara-cara


  1.  Paru direbus bersama bahan rebus yang lain selama 30 minit.  sebaik2nya sehari sebelum dimasak. tapi saya buat hari yang sama aje.  masak hingga paru tidak liat.  boleh cuba cucuk dengan lidi untuk tahu... kemudian toskan airnya.
  2. bila dah sejuk baru potong nipis2. lumurkan sedikit garam dan kunyit.  biarkan seketika.
  3. goreng paru tersebut hingga garing.  yang ini ikut tekak masing2.  saya suka paru yang garing dan rangup.  jadi saya akan goreng lama sikit.  jangan sampai rentung sudah lah ye.  angkat dan tos.
  4. dalam kuali lain, (kalau nak guna kuali yang sama pun boleh juga.  tapi saya buat serentak aktiviti menggoreng dan menumis ni untuk jimat masa) tumis bahan2 kisar hingga naik bau.  masukkan serai yang diketuk, gula dang asam keping.  kacau hingga masak.  yang ini saya agak2 ikut pengalaman sendiri.
  5. bila dan masak, masukkan paru goreng tadi.  kacau seketika hingga sebati dengan cili dan matikan api.  tambahkan sedikit garam kasar.
  6. bolehlah dihidangkan.



ini lah gambar paru yang dah selesai dihiris dan diletakkan garam kunyitnya.  perap seketika supaya bahan2 ni meresap ke dalam paru untuk dapatkan rasa yang lebih sedap.



ini proses menggoreng paru.  sesekali kacaulah supaya paru ni garing dengan sekata.  seelokknya goreng tenggelam untuk mendapatkan hasil gorengan yang garing dan rangup...


kan saya kata, saya buat serentak proses menggoreng dan menumis.  dah tentulah nampak perbezaan pada warna kualinya.  kuali menggoreng tu kuali yang baru 2 tahun pakai.  kalau bersihkan guna berus dawai bolehlah dapat warna cerah sikit. kuali untuk menumis pula memang kuali yang dah bertahun2 pakai.  rasanya dah hampir 16 tahun kot usianya.  sental dengan berus dawai pun dah tak mahu hilang hitamnya.  tapi masih elok lagi cuma rupanya aje lah yang hitam legam.


inilah rupa paru sambal berlada yang sedia untuk di ngap.. memang feveret anak2 saya.  mereka siap ratah lagi paru ni.  memang seperiuk habis kalau buat lauk ni.. tapi seronok dan puas hati bila tengok anak2 suka makan apa yang dimasak.  


Sekian perkongsian resepi saya kali ini.  Wassalam

No comments: