sebenarnya secara kebetulan aje saya lalu. biasanya kalau saya pergi ke Pasar Serikin terus balik rumah aje. tapi entah macam mana tergerak pula nak singgah ke tasik biru. bila sampai penuh dengan kemah dan kenderaan. rupa2nya ada pesta Tasik Biru disitu. memang rezeki kami lah tu...
sebelum tu saya nak cerita sikit pasal Tasik Biru yang terletak di daerah kecil Bau, Sarawak ni.
Untuk pengetahuan u'll Tasik Biru ni mempunyai keluasan lebih kurang 5 hektar dan beratus meter dalam. Dahulu Tasik ini aktif dengan kegiatan perlombongan emas. Dikatakan tasik ini mempunyai emas yang paling cantik dan berkualiti di dunia. Akibat kerja2 perlombongan emas di tasik ini, berlaku pemendapan tanah dibeberapa kawasan di kawasan Bau termasuklah tapak lama Sekolah Menengah Kebangsaan Bau. Ini telah mengakibatkan penduduk disini marah dan membantah kerja2 perlombongan itu. Akhirnya pada tahun 1998, kerja2 perlombongan dihentikan dan tasik ini diisi semula dengan air. Pemendapan yang berlaku juga telah berhenti dengan serta merta.
Sekarang Tasik Biru ini menjadi salah satu destinasi pelancongan Negeri Sarawak. Ia dibuka kepada orang ramai yang ingin beriadah dan bersantai2 di sini. Pengunjung dapat menikmati pemandangan tasik buatan manusia yang berwarna biru ini. Namun begitu, pengungjung tidak dibenarkan mandi di dalam tasik ini sebab airnya mengandungi paras arsenik yang tinggi. dibimbangi memudaratkan kesihatan. selain itu faktor kedalaman tasik ini juga menjadikan ianya berbahaya dan tidak sesuai.
dari cerita2 mulut ke mulut, tasik ini satu ketika dahulu dikatakan berpenunggu. Pernah ada kejadian sebuah bas sekolah terjunam kedalam tasik ini dan meragut banyak nyawa. disebabkan itu juga saya tak berani sangat nak mendekati tasik ini. cuma tengok dari tepi aje...
ok lah . berbalik pula kepada pesta Tasik Biru ini.
antara aktiviti yang dijalankan semasa Pesta Tasik Biru ini adalah pertandingan memasak, jong cantik, aktiviti air seperti lumba jong, tung of war on boat dan lain2, pameran agensi kerajaan seperti PDRM, KBS, jualan kraftangan, jualan makanan dan banyak lagi.
saya kongsikan gambar2 yang sempat saya ambil.
Wani dan Azim mencuba gusti lengan
kami tengok dari tepi aje. tak berani nak mendekati kawasan jeti..
pertandingan jong cantik antara yang menarik minat saya anak beranak.
bila dah letih kami makan tengahari di sini. pihak penganjur menyediakan kawasan berkhemah yang lengkap dengan meja dan kerusi untuk pengunjung menjamu selera.
sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment