assalamualaikum semua
Gunung Santubong memang terkenal di Sarawak. Lagenda dan mitosnya memang menjadi bualan masyarakat sarawak. Entry sebelum ini saya pernah menceritakan pengalaman saya mendaki dan menawan puncak Gunung Santubong ini bersama izah dan kawan2 saya.
untuk pengetahuan u'll gunung Santubong ini juga mempunyai air terjun yang sering dikunjungi orang ramai kerana jaraknya tidak jauh dari pintu masuk. hanya dengan berjalan kaki lebih kurang 20 minit sahaja untuk sampai ke air terjun ini yang amat sejuk airnya..
selepas mandi di sini kami mengambil keputusan untuk melakukan jungle trekking. Maknanya kami melalui jalan jauh untuk balik. mula2 kami melalui jambatan gantung yang disediakan di kawasan air terjun ini sebelum merentasi hutan yang telah ditanda.
ini merupakan pengalaman pertama saya membawa anak2 melakukan jungle trekking. terdapat juga laluan yang agak mencabar hingga terpaksa menggunakan tali yang telah disedian untuk menuruni Gunung ini.
perjalanan balik mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Sebenarnya saya silap membuat perancangan. Sepatutnya perjalan pergi lalu jalan yang jauh dan balik lalu jalan dekat. so tak adalah rasa meletihkan. Tapi tak apa. pengalaman baru untuk anak2.
sebelum bergerak pulang kami berselfie dulu... Muka keletihan lah ye... tapi nampaklah anak2 saya seronok dengan aktiviti ini... insha allah next time kita hiking gunung lain pulak ye...
Sekian, wassalam..
No comments:
Post a Comment