hari sukan negara telah diadakan pada 8 Oktober 2016. Tahun lepas pun saya join jugak Fit Malaysia 2015. Program ini bertempat di Padang Merdeka, Kuching. Untuk kali ini saya dan anak2 menyertai larian 5 km. Jam 5.30 pagi kami telah bergerak dari rumah menuju ke tapak aktiviti. kami sampai lebih kurang jam 6.00 pagi. waktu ini dah banyak kenderaan.
Sebelum acara larian berlangsung, aktiviti memanaskan badan dijalankan terlebih dahulu. inilah muka2 ceria sebelum berlari.
cabutan bertuah turut diadakan. kami tak bertuah la kali ini. upacara perasmian dibuat dengan menerbangkan belon ke udara.
selepas perasmian, pertunjukan seni bela diri diadakan. antara seni bela diri yang membuat persembahan adalah Muay thai, Tang Soo Do, tai chi, taekwondo, silambam, dan yang paling menarik adalah daripada daripada angkatan tentera
ini makanan percuma yang kami dapat
sempat juga saya snap gambar pentas semasa sesi cabutan bertuah diadakan.
sebelum balik berposing kat banting ni dulu...
sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment