Monday, 6 April 2015

'Edible garden' di tepi rumah

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua


Amboi!!! tajuk tak boleh tahan. bahasa omputih  tu... sebenarnya saya tak tahu istilah yang sesuai dalam bahasa melayu. minta maap banyak2 ye.....

entry kali ini saya nak ceritakan pasal  'edible garden'. Sebenarnya di sebelah kiri rumah saya adalah sedikit tanah yang agak subur (sebab ada banyak cacing tanah). so saya pun adalah menanam sedikit tanaman untuk kegunaan harian.  mari saya tunjukkan apa yang saya tanam kat tanah sejemput tu... Gambar ini diambil sebelum proses mencabut rumput di sekelilingnya... so nampaklah semak sikit ye.... kalau dah cabut rumput nak pegang HP tidaklah... nanti dengan HP berlumur dengan tanah.. kuang! kuang! kuang!


 

yang ini pokok tomato.  Saya dapat daripada kawan (terima kasih Ayu). kawan saya semai byk so dia bagilah sepokok. masa saya dapat tu adalah sejengkal tingginya. sekarang dah tinggi dan ada sebiji buah... buat masa ni saiz buah tomato tu lebih kurang sebesar bola pingpong. 




yang ini pulak pokok limau purut. amat berguna kalau nak masak tom yum.  keluarga saya penggemar tom yum terutama sekali anak saya yang sulung. dia paling suka tom yum ayam. kalau nak masak tom yum kan pakai 2, 3 helai aje. petik aje lah daun ni... jimat

yang ini pokok daun kesum.. nak tanam senang aje.  cucuk aje baki batang daun kesum yang saya beli RM1 kat kedai.  kalau nak cepat lebat rajin2 lah patahkan batangnya. asalnya saya tanam 2, 3 batang aje.  sekarang dah membiak dengan lebatnya.  kegunaan pokok ini adalah kalau nak masak asam pedas dan laksa bubuh lah daun ini. baunya sangat menyelerakan..


pokok serai ini sebenarnya dah lama jugak saya tanam. tapi tak banyak lagi anaknya.  setakat ini dah berjasa jugak.  setakat nak guna untuk masak lemak ikan, saya cabut aje... agaknya sebab tu terbantut kot. tak sempat nak membiak dah kena ambil... hahahaha...

yang ini pulak saya baru lagi tanam.  usianya lebih kurang 2 minggu.  ini lah pokok kacang bendi.  biasanya orang semai dulu, tapi saya kan terlebih rajin... tanam terus kat tanah... rumput dah mula tumbuh kat sekitar pokok tu.  nak kena merajinkan diri mencabut.


dalam banyak2 gambar  'edible garden' yang ada kat sini, saya boleh pulak terlupa nak snap gambar pokok cili padi dan  pokok kari.  untuk pengetahuan semua pokok cili tulah yang paling banyak berjasa.  tapi sekarang macam dah mula merajuk tak mahu berbuah pulak.. rasanya kena letak baja kot.  pokok kari pulak saya tanam dalam pasu. yang ditanam ditanah dah nyawa2 ikan. mungkin tanah tak sesuai kot sebab tanah tepi rumah ni hanya menerima matahari sebelah petang aje. daripada jam 12 hingga jam 3.  pokok kari yang dalam pasu pulak tak terjaga..  dalam next entry saya masukkan gambar pokok cili dengan pokok kari ye...


sekian. wassalam

No comments: