Tuesday, 15 March 2016

aktiviti awal cuti sekolah

assalamualaikum semua

pada 12 dan 13 Mac yang baru lepas ni saya berpeluang membawa pelajar saya semester 5 dan 6 untuk kem motivasi.
saya turut membawa 3 orang anak saya supaya mereka dapat merasai sendiri suasana dan bagaimana pelajar IPTA menjalankan aktiviti mereka.
kira macam nak kasi semangat lah kat anak2 juga supaya mereka nak ikut jejak emak diorang dapat belajar ke IPTA... (tinggi betul impian saya.  moga2 dimakbulkan. aamiin...)

perjalanan daripada Matang ke Lundu mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit.
kami bergerak awal drpd kumpul;an utama kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum ke tapak khemah.

welfie bersama dalam kereta bersama dua orang penumpang tambahan...


berhenti makan dulu.  sempat lah snap gambar beramai2.  masing2 muka eksited....

sampai sahaja di pekan Lundu, terus pergi ke kedai menjual ayam.  ini antara sebab kami perlu bergerak awal.

ini pulak di pasar pekan Lundu.  beli sayur dan lain2.

sebaik sahaja menjejakkan kaki di kem ini, kami terus menuju ke pantai.  masa ini air surut.


selepas check ini terus menuju ke ruang dapur. sementara menunggu kumpulan yang menaiki bas sampai, aktiviti menyediakan makan malam dimulakan...


inilah aktiviti pada sebelah petang.  ceramah daripada pihak industri. seramai dua orang penceramah dijemput untuk sesi perkongsian ilmu ini.  banyak ilmu yang dapat bukan kepada student aje tapi kepada lecturer juga.



selepas magrib, aktiviti barbeque pun bermula.  lama juga nak hidupkan bara api. maklum lah masing2 'profesional'.. hahahah.


seelpas itu latihan dalam kumpulan pun bermula.  setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan logo, nama kumpulan (haiwan) dan moto.  saya kumpulan penguin.  Wani pun eksited menengok..




inilah hasilnya... penuh dengan warna warni.  penguin kaler kuning... comel jugak kan... nama kumpulan pingu nine dengan moto 'together we are one'..

yang ini presentation setiap kumpulan.  saya tukang pegang aje... kasi student aje yang berckp..


setelah selesai, aktiviti makan malam pula..


inilah pemandangan pada waktu pagi di kem Alapong Lundu ini.. masa ni air pasang tapi belum pasang sepenuhnya...


aktiviti  senamrobik..


sukaneka.
1. bola beracun
2. berpusing 10 kali dengan menggunakan batang kayu
3. ambil gula2 dalam tepung
4. kembar siam
5. ambil kacang dengan menggunakan chopstick
6. tiup belon dan pecahkan.


dah selesai, aktiviti bebas. masa ni ramai yang mandi manda di pantai.





acara terakhir, sesi penyampaian hadiah.  kumpulan pingu nine dapat tempat ke2...



akhir sekali sesi bergambar kenangan...



sekian, wassalam

No comments: