Wednesday 15 July 2020

Trip ke Gunung Yong Yap

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Entry dah basi tapi Miss N nak up juga lah buat kenangan anak cucu.  Miss N join hiking ni pada hujung bulan Februari 2020.  masa tu Covid 19 di Malaysia masih baru bermula.  So Miss N masih dapat fly lagi dari borneo ke semenanjung tanpa masalah.  

Sedikit info untuk dikongsikan berkaitan dengan Gunung ini.

Gunung Yong Yap terletak di sempadan Perak Kelantan mempunyai ketinggian 2167 meter merupakan 7 gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia atau lebih dikenali G7 oleh para pendaki.  Jadi sebaiknya pastikan fizikal dan mental benar-benar bersedia untuk mengharungi cabaran pendakiannya.  

Trip yang Miss N sertai adalah 2 hari 1 malam melibatkan seramai 13 orang peserta.  Miss N bergerak dari Kuala Lumpur menaiki kereta jam 9 malam terus ke R&R Tapah untuk tidur sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke lojing dan bertemu di masjid Lojing di situ.  selesai solat subuh,  kami berkumpul dan meneruskan perjalanan ke starting point.  waktu tu hujan lebat dan Miss N dapat membayangkan yang aktiviti hiking kali ini akan berdepan dengan cabaran trek yang licin dan kemungkinan hujan sepanjang pendakian. 

cuaca berkabus dan sejuk sampai ke tulang


Kami menunggu  hujan reda dahulu.  dalam jam 8 pagi sebaik sahaja hujan reda, taklimat keselamatan pun diberikan dan agihan ration dibuat.  Seterusnya bermulalah ekspedisi pendakian yang mencabar.

muka-muka ceria sebelum mula mendaki
Antara cabaran pendakian kali ini adalah merentasi jambatan 4 buah jambatan dan salah satu jambatannya masih belum siap lagi, meredah 20 buah sungai dengan air paras pinggang dan melintasi 11 buah anak sungai.  Di samping itu trek yang licin dan hujan yang turun sepanjang pendakian  menambahkan lagi kesukarannya.

meredah sungai yang mengalir deras adalah antara laluan yang merbahaya




terdapat  2 tapak perkhemahan yang boleh dipilih.  Kem Agas dan Kem Sungai Jeruk.


berehat sekejap di Kem Agas sebelum sambung mendaki


 

waterfall ni sebenarnya terletak diluar trek.  kami diberi masa 15 minit untuk menikmati keindahan sambil berehat.


kem simpang Y
dalam jam 1 tengahari kesemua line up sampai ke kem sungai Jeruk.  Masing-masing menarik nafas lega, berehat, makan dan membersihkan diri.  Airnya jernih dan sejuk.  segar rasa badan bila dapat bersihkan badan disitu.



makan time..   paling best terutama bila ada buah tembikai yang manis
malam tu kami diuji dengan hujan yang turun mencurah-curah.  memang sejuk betullah.  Mujur ada baju sejuk dan sleeping bag.  kalau tak memang tak dapat tidur lah jadinya.  disebabkan kami hanya guna fly sahaja,  risiko beg basah memang tinggi.  nasib baik Miss N dah prepare awal2 memasukkan semua baju2 dan barang yang dibawa di dalam zip bag.  jadi walaupun beg basah kena air, tapi barang2 di dalamnya tidak terjejas.  

Pendakian ke puncak sedikit lewat kerana hujan.  Sepatutnya jam 2 pagi kami dah mula bergerak tapi terlewat sejam.  jam 3 pagi baru kami bergerak ke puncak.  waktu tu hujan masih turun renyai-renyai.  Perjalanan ke puncak memang melalui trek yang berselut hingga sedalam paras lutut.  memang mencabar tapi Miss N rasa seronok melayannya.

 

tengoklah rupa kasutku.  hahaha

 

trek barai ditambah lagi dengan cuaca hujan sepanjang pendakian naik dan turun.  Memang kena lebih berhati-hati sebab licin.

berkabus
dalam jam 7.30 pagi Miss N pun sampai ke Puncak Yong Yap.  Tapi sayangnya view diseliputi kabus.  makanya dapat bergambar dengan signboard ajelah.

 






nikmat makan nasi lemak di puncak dengan cuaca sejuk berkabus
masing-masing rupa selebet dengan lumpur.  

jumpa bestfriend juga


team gegurl aje

group photo di puncak

tak nampak view sebab cuaca berkabus

antara check point yg sempat Miss N bergambar.

 



selesai bergambar, breakfast dan berehat, jam 8.30 pagi kami bergerak turun menuju ke Kem Sungai Jeruk untuk lunch, berkemas dan bergerak keluar.  Waktu ni lutut Miss N dah mula sakit.  😩😩😩


Miss N rasa waktu turunlah cabaran yang paling besar.  Disebabkan hujan tak berhenti, laluan menjadi licin menyebabkan kami terpaksa berhati-hati untuk menggelakkan tergelinci.  trek yang licin menyebabkan banyak kali Miss N tergelincir dan jatuh terduduk atas trek.   Ini menyebabkan kecederaan agak teruk juga pada bahagian lutut Miss N.  Sakit betul waktu melangkah ditambah pula dengan beban yang dibawa menyebabkan Miss N berjalan amat perlahan.  Koyak mental Miss N waktu ni.  rasa nak menangis aje.  Menyesal marah semua bercampur gaul.  tak pernah Miss N rasa macam ni sepanjang penglibatan Miss N dalam aktiviti hiking.  dan akhirnya jam 12.30 tengah malam, Miss N pun berjaya keluar dari hutan tu.  

Jauh melepasi tentatif asal iaitu jam 5.00 petang.  bayang kan dari jam 2 pagi dah bangun dan start mendaki jam 3 pagi hingga 12.30 tengah malam baru selesai.  21 jam berjalan dalam hutan non stop.  Memang badan betul-betul keletihan.

selesai bersihkan diri dalam jam 3 pagi dan kami terus ke hentian Tapah untuk berehat dan tidur sampai jam 6 pagi. Selepas solat subuh barulah kami bergerak ke KL.  Terpaksa redha ajelah sebab  Miss N tak dapat nak kejar flight yang sepatutnya dijadualkan jam 8.30 pagi. Badan dah letih, tak dapat nak fikir panjang dah.  Terpaksalah beli  tiket lain.  Miss N ambil flight jam7.30 malam tu.  nasib baik harga tiketnya agak rendah juga.  Sempatlah bersihkan beg dan cuci segala peralatan sebelum naik flight.

Pengalaman hiking setiap gunung memberikan memori nya yang tersendiri.  lain gunung lain ceritanya.  tapi Miss N masih terus setia dengan hobi ini selagi diberikan kesihatan dan diizinkan olehNya.

Sekian, wassalam

untuk video sepanjang pendakian bolehlah klik channel youtube ini  mendaki gunung yong yap 



Sekian, wassalam


No comments: