assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Sebenarnya Miss N tak pernah terlintas untuk menjebakkan diri dalam larian marathon. Bermula dengan suka-suka join fun run 3 km naik ke 5 km, kemudian 7 km dan seterusnya 10 km. Kemudian ke Half Marthon tahun lepas, dan akhirnya tahun 2020 ni pembukaan event larian Miss N adalah Full Marathon. huhuhu.
Ini gara-gara Miss N berjaya membuat catatan masa bawah 3 jam dalam Half Marathon kedua tahun lepas. Padahal HM pertama Miss N hampir-hampir DNF. Tapi mungkin sebab cukup training dan Miss N berada pada tahap yang terbaik waktu tu. Tiba-tiba pula bersemangat nak mencuba FM.
Sebaik sahaja Miss N register FM pada bulan Oktober tahun lepas, Miss N terus dapatkan tip2 dari runner2 yang berpengalaman, cari info dari pak cik google dan training. Miss N cuma target nak habis within COT sahaja. Macam-macam perasaan ada. teruja, takut, seram, menyesal pun ada. lebih-lebih lagi bila ada kawan2 yang pm bagi tip dan sokongan di saat-saat akhir. bertambah nervous jadinya.
Adakah Miss N berjaya?? Sila teruskan membaca....😅😅😅
|
poster dari kelab UGR |
|
info dari FB twincity marathon |
disebabkan Miss N turun awal, sempatlah jumpa kwn2 dulu sambil carbo loading, membawang dan tak lupa juga shopping di sekitar shah alam dan putrajaya. huhuhu
|
kwn zaman study dulu |
|
ais krim pisang |
|
manis-manis semuanya termasuklah yang menulis ni. |
|
lamb chop |
|
besar giler roti ni |
|
ambil Race Pack kat bangunan ini di Cyberjaya |
|
route larian. berdebar-debar |
Sempat juga Miss N memasak udang galah berempah yang diterbangkan khas dari bumi kenyalang untuk family di kampung. hihihi
|
udang galah berempah |
|
buah dabai |
Petang sabtu tu Miss N check in di Citadines Dpulze Cyberjaya. nak senang kononnya. malas nak bersesak2 mencari parking pagi-pagi buta. Dah la Miss N tak berapa familiar sangat tempat area tu. kalau sesat lagi lah payah. Adik Miss N sekeluarga pun ikut check in sekali.
|
ruang agak luas juga |
|
ada dapur memasak juga |
|
jumpa buddy lagi malam tu. sama-sama join FM |
|
last carbo loading sblm run |
|
pemandangan indah dari bilik penginapan |
Miss N berjalan kaki aje dari tempat penginapan ke starting point. dekat aje. senang. jam 3.30 pagi dah gerak keluar. memang dah janji dengan kawan nak berlari sekali sebab dia dah pernah buat FM sebelum ni. Flag of jam 4.00 pagi. gelap lagi waktu ni. cot 8 jam. So bersedialah nak berlari dalam cuaca panas membahang.
|
muka ceria sebelum barai |
gambar kiri semasa cuaca gelap, gambar kanan masa dah tengah pewai teruk
Sebaik sahaja larian dimulakan Miss N berlari berdua dengan kwn Miss N sampai km ke 15 tiba-tiba dia tertinggal di belakang. Miss N tak perasan pun sebenarnya. maka selepas tu bermulalah larian solo Miss N bersandarkan semangat nak habis VFM.
Sepanjang larian memang meriah dengan water station (tak perlu bawa air) dan pada km ke 30 ada cendol juga. Miss N dapat mangkuk terakhir. hihihi. lepas tu ada juga keropok lekor yang panas-panas kalau tak silap dalam km ke 35. tapi sebab Miss N dah keletihan cuma mampu minum cendol aje. Yang keropok lekor tu Miss N lalu aje. tak selera nak makan dah sebab keletihan yang melampau sangat. 5 km terakhir Miss N jalan aje. Cuaca memang panas betul. Nasib baik Miss N dah stand by sunglass dan topi kalau tak memang tak tahulah macam mana tahap kepewaiannya tu. berbekalkan coklat bar dan salted candy sepanjang larian rupanya membantu juga untuk Miss N dapat tenaga. Terima kasih sahabat yang membantu bagi banyak tip dan semangat. U know who you are. tak perlu mention di sini pun.
|
selfie nak hilangkan lelah |
Sesungguhnya inilah event larian yang paling banyak memberikan pengalaman larian kepada Miss N. Selepas 21 km Miss n memang betul-betul struggle nak tamatkan. maklumlah sebelum ini tak pernah lari sejauh ini. Sebenarnya Miss N dah betul2 keletihan tapi sebab mental masih kuat lagilah menjadikan kaki Miss N terus melangkah walaupun sambil berjalan dan berlari sambil kira tiang. huhuhu. Tip ini memang betul-betul membantu sampai pada 5 km terakhir.
Syukur, syukur, syukur. Tiada kata-kata yang dapat dilafazkan sebaik sahaja kaki Miss N melepasi FL. Sebak, gembira dan gugur juga air mata sebaik sahaja berjaya tamat. Masa ni memang keletihan sangat. kaki pun rasa cramp. Jalan dah macam ketam.
|
bergambar dengan sahabat yang setia menunggu |
Sebenarnya kwn Miss N nak belanja Miss N lunch, tapi sebab Miss N dah pewai teruk nak makan pun dah tak selera jadinya terpaksalah cancel. Sebab kalau Miss N join pun tak berbaloi sebab memang Miss N tak akan makan.
|
satu-satunya gambar yang ada. gambar sendiri tak ada pun. |
|
bergambar sebelum berpisah. TQ CT yang setia menunggu |
|
ini aje yang mampu diambil buat kenangan |
|
i did it. syukur |
|
membantu elakkan cramp |
walaupun tak ada gambar solo di FL tapi dapat gambar daripada photographer pun jadilah. hihihi. Tengoklah betapa bergayanya Miss N berlari dengan sunglass dan topi. hahaha. walaupun keletihan melampau, tapi bila jumpa kamera boleh pulak tersenyum. masa ni kalau tak silap Miss N 500m untuk ke garisan penamat. Tiba-tiba ada pula tenaga Miss N nak memecut waktu ni.
gambar-gambar dari photographer Zaini Jai.
Segala yang Miss N perolehi adalah atas keizinan dariNya juga. Syukur berjaya juga habiskan walaupun catatan masa tidaklah terlalu bagus. yang penting Miss N dah berjaya up grade dari HM ke FM. Yes i'm officially Marathoner now. alhamdulillah. Next target nak try buat PB dalam FM seterusnya. Insha Allah, aamiin
Sekian, celoteh Miss N kali ini. Semoga berjumpa lagi di lain entry. Wassalam
1 comment:
This is Very very nice article. Everyone should read. Thanks for sharing. Don't miss WORLD'S BEST MonsterTruckDrivingSimulator3DGame
Post a Comment