Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Entah macam mana semasa Miss N godek-godek tengok sale di Air Asia terbeli pula tiket ke Krabi. Sebenarnya perancangan asal nak ke Banda Aceh tapi disebabkan perancangan untuk bercuti pada bulan Disember Miss N terpaksa batalkan sebab teringat peristiwa Tsunami di situ yang berlaku pada 25 Disember 2004. Ni gara-gara anak Miss N lah ni bila cakap nak beli tiket ke Aceh dia terus cakap, Tsunami kan bulan 12. gulp... cancel terus
kali ni kami akan pergi berenam. Miss N anak beranak 4 orang bersama emak dan adik perempuan.
Macam biasa bila tiket dah beli aje Miss N pun mula lah mencari maklumat yang berkaitan sebagai persediaan awal. Google sambil blog walking untuk dapatkan info. tapi buat silap juga sebab terbooking guest house di Koh Phi Phi Island. Ok kita buat Plan B pula.
Ringkasan Itinerary plan B Miss N
Day 1
Flight KLIA 2 - Krabi (7.05 am)
Krabi airport - Jeti Krabi - Koh Phi Phi Island (3 jam)
Viewpoint untuk sunset
Day 2
Viewpoint untuk sunrise
Snorkeling dan sunset view
Day 3
berjalan2 sekitar Koh Phi Phi Island
solat di Masjid Koh Phi Phi
berkayak ke Monkey Cove
night market di Koh Phi Phi Island
Day 4
check out harmony House
Koh Phi Phi Island - Jeti Krabi - Krabi town
Check in Riverside Hotel di Krabi town
night market di Krabi Town
Day 5
Check out
Krabi town - Airport Krabi - KLIA 2
Senarai barang yang perlu dibawa
1. Baju mandi
2. baju dan seluar
3. Sunblok (sangat berguna ketika snorkeling dan berkayak)
4. Topi dan sunglass (tertinggal juga terpaksa beli kat sana 😅)
5. Beg kalis air (utk simpan brg berharga cth purse, passport dan handphone semasa snorkeling)
6. action camera
7. Kasut getah/ selipar
kos yang dibelanjakan untuk 6 orang (kos tidak termasuk shopping)
RM
Tiket flight AA return : 1602
Harmony house : 869.36
Riverside hotel : 131.56
makan: 56.30
Jumlah RM: 2659.22
THB
Riverside hotel : 500
simkad : 150
van dari airport ke jeti (return) : 1200
entrance fees di Island:
Feri ke Koh Phi Phi Island (return) : 4800
viewpoint kali 1 : 30
viewpoint kali ke 2 : 60
berkayak (4 orang) : 200
snorkling dan sunset view : 2100
teksi dari jeti ke riverside hotel : 300
perbelanjaan makanan : 1882
Jumlah THB : 11222
Jumlah RM : 1494.43
So secara ringkasnya jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk 6 orang adalah
RM2659.22 + RM1494.43
= RM 4153.65
= RM692.28 seorang
No comments:
Post a Comment