Wednesday, 31 May 2017

Gunung Santubong lagi


assalamualaikum semua.

Gunung Santubong merupakan gunung yang sangat popular di Kuching Sarawak.  Ia menjadi pilihan oleh mereka yang meminati sukan hiking  Walaupun cuba mempunyai ketinggian 810.2 m sahaja, tapi mengikut pengalaman saya yang pernah mendaki gunung2 lain, cabaran yang perlu ditempuh oleh pendaki memang hebat.

trek nya sejauh 3.5 km yang pacak dan penuh dengan akar2 kayu yang berselirat.  yang paling mencabar adalah terpaksa bergayut pada tangga  tali gantung yang menegak 90 darjah.  jarak2 antara anak2 tangga tali ni pun agak besar.  untuk orang yang tak cukup tinggi macam saya ni memang mencabar sungguh lah.  untuk info tangga gantung ni ada 13 buah tangga gantung yang mana ia sangat mencabar.

ada 2 laluan ke puncak yang biasa digunakan.  laluan pertama daripada park HQ manakala laluan yang sering menjadi pilihan pendaki adalah dari Bukit Puteri.

tapi sebab minat, saya repeat lagi.  tak serik walaupun tahu cabarannya.  saya mendaki Ahad terakhir sebelum puasa.




sambil berehat2 senajang pendakian, saya snap bebrapa keping gambar pada ketinggian yang berbeza2.  cantik sangat.   Saya hiking sambil santai2 aje sebab kami start awal. jam 7.30 pagi dah start mendaki.


masa 1 st panjat dulu masih belum ada papan tanda ni. tapi awal tahun ni ada hamba allah yang buat papan tanda ni.  tiap2 minggu dia hiking membawa bahan untuk menyiapkan papan tanda ini...




pemandang yang tidak pernah mengecewakan pengunjung.  bandaraya kuching dari ketinggian itu sangat menarik sangat.


sampai di puncak terjumpa pulak dengan geng hiking dari group Iguana Hiker.  sempatlah selfie seketul dua..


sekian..

No comments: