Thursday, 15 September 2016

Kubah National Park (Waterfall)

assalamualaikum semua

Entry kali ini kita berkunjung pula ke Kubah National Park yang terletak di di Kaki Gunung Serapi. Jaraknya lebih kurang 21 km daripada Bandaraya Kuching tapi kalau daripada kediaman kami hanya 10 minit sahaja.  tak jauh sangat pun sebenarnya. ia terletak bersebelahan dengan Matang Family Park iaitu tempat rekreasi keluarga.

Entah macam mana tergerak pulak hati untuk berkunjung ke situ masa cuti yang lepas.  Perjalanan ke air terjun tu mengambil masa lebih kurang 2 jam pergi dan 2 jam balik. 1 jam melalui jalan berturap manakala 1 jam lagi merentasi laluan denai.  kalau nak mendaki Gunung Serapi pula mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke puncak.  Ketinggian Gunung Serapi adalah  2600 kaki dari aras laut.  Tapi untuk pertama kali ini saya tak merancang untuk ke puncak.  cukuplah sekadar mengunjungi air terjun yang dikatakan amat cantik.


inilah rupa pass masuk.  Pada masa ini bayarannya adalah RM10 untuk dewasa 18 tahun ke atas, kanak-kanak 6-18 tahun RM 3, senior dan disable RM5 manakala kanak-kanak 6 tahun ke bawah percuma.


Setelah itu map akan diberikan.  untuk kali ini saya memilih laluan biru, iaitu laluan ke waterfall trail.  next time boleh lah memilih trail lain pulak..

 

bergambar dahulu sebelum memulakan aktiviti.  Muka masing2 yang sangat eksited untuk aktiviti kali ini...


Untuk perjalanan laluan 1 jam pertama, kami hanya melalui jalan berturap yang cantik.  tidak banyak rintangan kecuali kepenatan kerana mendaki..

Sepanjang perjalanan terdapat juga disediakan ruang berehat.  kami tidak melepaskan peluang berehat di sini. 





setelah lebih kurang 1 jam perjalanan, kami pun sampai ke waterfall trail.  Di sinilah cabaran 'jungle trecking' bermula sebaik sahaja kami melalui waterfall trail.





 

 

Sebaik sahaja kami sampai ke waterfall, segala kepenatan seakan hilang apabila menyaksikan keindahan air terjun tersebut.  anak2 saya memang tidak melepaskan peluang untuk mandi manda di situ.  Air nya memang sejuk dan menyegarkan.  kami berehat di situ selama hampir 2 jam.  Melepaskan penat sambil menyaksikan keindahan alam semula jadi.  lebih kurang jam 1 tengahari barulah kami bergerak  keluar dari situ.  itu pun anak2 masih tak puas lagi bermain air di situ. Tapi memandangkan perjalanan pulang akan mengambil masa 2 jam saya terpaksa memaksa mereka. 

  

 









Setelah berjalan hampir 2 jam, kami pun sampai semula ke pintu masuk.  di sini kami berehat sebentar sebelum pulang ke rumah.  Muka keletihan setelah menempuh perjalanan 4 jam pergi dan balik...


ini merupakan pengalaman yang baru untuk anak2 saya.  sebelum ini saya hanya membawa mereka mandi manda di kaki gunung aje atau di jeram2 yang tidak jauh daripada parking kenderaan.  bila sekali sekala membawa mereka meredah hutan, nampak lah mereka sangat seronok.  Maknanya aktiviti seperti ini boleh lagi dilakukan pada masa akan datang.. Insha Allah.

sekian, wassalam.

No comments: